Halaman

Isnin, Januari 23, 2012

AGENDA PEMBANGKANG SELANGOR TERDEDAH!!!


PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata usaha menjatuhkan dirinya bukan dibuat oleh Pas sahaja tetapi turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mempunyai agenda besar dan tersembunyi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13).

Katanya, tindakan menyingkirkan dirinya dari Pas dan seterusnya daripada pentadbiran Kerajaan Selangor adalah hasil yang ditunggu-tunggu ketiga-tiga parti ini.

Hasan, dalam satu temuramah bersama akhbar Utusan Malaysia, Ahad, berkata pakatan pembangkang mempunyai agenda yang lebih besar iaitu Putrajaya sehingga perjuangan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang selama ini diperjuangkan beliau dan Pas dianggap terlalu kecil.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin agung pakatan yang memandu pembangkang ke Putrajaya.

"Atas matlamat 'memperdanamenterikan' Anwar, gerabak yang bergerak ke Putrajaya menghalalkan segalanya. Yang pelik orang Pas sendiri boleh termakan dengan gula-gula Anwar hingga sanggup menggugurkan landasan perjuangan," kata Hasan.

Hasan berkata, Pas terlalu ghairah meraikan kehendak dan permintaan dua rakan kongsinya walaupun agenda menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud tidak pernah diperseujui DAP dan PKR.

"Pas atas nama setiakawan dalam pakatan terpaksa menyembunyikan hasrat untuk melaksanakan perintah Allah SWT itu," katanya.

Jelasnya, rata-rata anggota masyarakat menyatakan imej Pas sudah tercalar dan sudah hilang kredibiliti kerana menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang sehingga membelakangkan perjuangan asal parti.

"Pas dilihat sebagai 'pak turut' malah ada yang lebih sinikal mengatakan Pas tidak lebih daripada kuda tunggangan DAP. Pemecatan saya dan sebahagiannya digesa oleh pimpinan tertinggi PKR menggambarkan betapa hinanya Pas sehingga sanggup tunduk kepada campur tangan luar," jelasnya.

Dalam temubual itu juga Hasan mengulas tentang DAP yang dilihat lebih berkuasa walaupun Kerajaan Selangor dibentuk hasil gabungan tiga parti.Beliau tidak menafikan kenyataan itu ada kebenarannya.

"Syor-syor DAP biasanya menjadi kenyataan sementara apa yang hendak dilakukan oleh Pas atas nama Islam dan Melayu sering mendapat tentangan sama ada secara terbuka atau tersembunyi," jelasnya.

Beliau memberi contoh isu sebidang tanah di Klang milik agensi yang pada peringkat awal ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bumiputera tetapi secara prinsipnya telah diputuskan menjadi Pusat Kebudayaan Cina.

Cadangan menubuhkan pusat tersebut mendapat tentangan beliau dan masyarakat Islam kerana tanah tersebut terlalu hampir dengan masjid."Wajarkah kedua-dua alasan yang dikemukakan itu dibakulsampahkan saja?," katanya.

Dalam pada itu beliau turut membuat tafsiran apabila seorang Exco Selangor daripada DAP mengharapkan Selangor akan lebih baik tanpa dirinya, DAP 'boleh berpesta sebagai tanda kegembiraan meraikan pemergian Hasan Ali'.

"Tidak ada siapa lagi yang akan mengganggu hal arak, judi, rumah urut, khalwat, zina, murtad dan sebagainya. Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu DAP, PKR dan sebahagian pimpinan Pas sendiri," katanya.

Mengulas tentang 'parasit' dalam Pas, kemuncaknya berlaku selepas PRU-12 apabila mereka mendapat tempat yang banyak di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Katanya, kumpulan tersebut yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang memberikan mereka jawatan strategik dalam parti sehingga mampu menghala tuju Pas mengikut selera dan kemahuan mereka.

"Parasit bertenggek di atas sangka baik golongan ulama Pas, akhirnya berjaya mengenepikan golongan ulama ini daripada saf kempimpinan parti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas persoalan keupayaan kalangan pimpinan Pas untuk menghalang pengaruh parasit yang mana beliau sendiri pernah cuba menyekat kemaraan mereka dan akhirnya menerima akibat tindakan tersebut.

Published with Blogger-droid v2.0.3

3 ulasan:

  1. Pas hari ini bukan saja dikuasai/dipengaruhi oleh parasit tetapi juga pelesit

    BalasPadam
  2. dah jadi Parti Adat Sosial sebab tu pemikiran pun dah jadi songsang

    BalasPadam
  3. Cikgu"S"said

    Inalilahi Wainnailaihi Rojiunnn.

    Itulah ucapan paling sesui untuk PAS di Sealangor.Semoga ianya tida menjalar ke seluruh Malaysia.
    Sebenarnya ramai orang tahu,pemimpin-pemimpin PAS selangor bukan terdiri daripada orang-orang yang berjuang untuk agama,bangsa dam raja mahu pun tanah air.Pendirian mereka hanya untuk cari makan.Tak ada kuasa pun tak apa asal dapat cari makan dan di sanjun orang kesana kemari.
    Yang hebat dan jujur seperti Hasan Ali hanya sekerat dua saja.Yang lain hanyut bersama sampah -sampah di sungai gombak.
    Hasan Ali perlu lebih berani bersuara/berjuang walau pun di luar PAS.Saya percaya diluar lebih bebas menghentam PAS yang mana sudah terlalu jauh menyimpang dari perjuangan asal. Kalau roh-roh Profesor Zulkflie,Ustaz Abu Bakar Hamzah,Ustaz Abdul Samad Gol Ahmad Almianji,Ustaz Fazil Nor dan lain-lain pejuang/pemimpin PAS terdahulu dapat bertemu dan bersidang.Nescaya para roh ini akan menangis kesal denga mereka yang menjadi pemimpin PAS hari ini.
    Saya yakin Haji Hadi dan Nik Aziz akan di kutuk habis-habisa oleh para roh ini.
    Taubatlah .Kembalilah anda kepangkal jalan.Beristighfar lah banyak-banyak.Cukuplah harta dan wang ringgit yang anda miliki sekarang ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.