Halaman

Isnin, Januari 16, 2012

KENAPA RONNIE LIU GARU KEPALA???


Apa yang menyebabkan Si Ronnie Liu ni mengaru kepala ni? Apa yang dia peningkan sangat? Orang suruh buat rumah rakyat pun dia nak garu kepala jugak ke?

Oh! Sebab orang tu suruh dia buat rumah untuk rakyat. Jadi sebab tu la dia pening kepala. Kalau suruh buat rumah urut tu lain la cerita. Itu senang nak diuruskan.

Sebab tu la di Selangor sekarang ni bersepah - sepah rumah urut. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Buat rumah urut ni boleh dapat duit. Kalau buat rumah untuk rakyat, dia dapat apa? Dapat habuk je la jawabnya!!!
Perayaan Ponggal yang disambut pada bulan ke-10 kalendar Tamil bermula hari ini sepatutnya diraikan dalam suasana meriah tetapi bagi majoriti penduduk kaum India Kampung Papan di Pandamaran di sini, perayaan itu tidak memberi apa-apa makna.
Ini kerana mereka masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dan daif berikutan kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor menunaikan janji ditabur semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Paling mengecewakan kira-kira 200 penduduk yang menetap di situ sejak 40 tahun lalu ialah kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu untuk membina rumah kos rendah yang dijanjikan.
Turut tidak dilaksanakan, dakwa penduduk ialah janji untuk membaiki jalan dan menebas semak-samun di kawasan tersebut dalam tempoh 100 hari selepas beliau memenangi kerusi DUN Pandamaran empat tahun lalu.
Wakil rakyat DAP itu juga langsung tidak turun padang meninjau dan melihat perkembangan terkini penduduk dan kampung tersebut.
Wakil penduduk, C. Arasu, 42, berkata, Ronnie berjanji kepada penduduk untuk membina penempatan rumah kos rendah berharga RM99,000 kepada mereka selepas menang pilihan raya.
Menurutnya, wakil rakyat itu gagal mengotakan janji yang diberikan dan hanya berdolak-dalik dengan menyatakan masalah dihadapi oleh penduduk di situ telah pun selesai.
"Mana janji beliau? Lepas menang pilihan raya beliau langsung tak masuk kampung ini. Sudah empat tahun kami semua menunggu, janji hanya tinggal janji.
"Apa yang kami bimbangkan adalah keselamatan anak-anak dan isteri kerana rumah saya pernah dimasuki ular baru-baru ini," katanya ditemui pemberita selepas mengadakan bantahan bersama penduduk kampung di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi MCA Bahagian Klang, Datuk Teh Kim Poh dan Pegawai Penyelaras DUN Pandamaran, Ching Eu Boon.
Penduduk turut menempelak Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil komuniti India di Pandamaran kerana gagal membantu.
Malah, kedua-dua pemimpin itu didakwa lepas tangan berhubung masalah yang dihadapi penduduk India di kampung itu.
Terdahulu, penduduk yang berang dengan janji kosong wakil rakyat DAP itu berkumpul pada pukul 11.30 pagi dengan membawa poster tertera perkataan 'Jangan Tipu Kami', ' Kami Tolak DAP, PKR, PAS', Pakatan Rakyat Tipu Rakyat', 'Mana Charles MP Paling Malas' dan 'Mana Sudah Hilang Xavier'.
Sementara itu, Teh Kim Poh berjanji kepada penduduk untuk menghantar kontraktor bagi membersihkan kawasan semak-samun di kawasan itu dan merobohkan rumah usang yang tidak berpenghuni selepas perayaan Tahun Baru Cina.

2 ulasan:

  1. BILA PEMBANGKANG TAK BOLEH NAK TUNAI SEMUA JANJI,APA LAGI PADA KEMPEN AKAN DATANG MEREKA AKAN KATA MASA 4 TAHUN TERLALU SINGKAT KONONNYA BANYAK PERKARA YANG MEREKA NAK BERSIHKAN KOTORAN BN TINGGALKAN,LEPAS MEREKA AKAN MERAYU SUPAYA RAKYAT BERI UNDI PADA MEREKA SUPAYA AKAN DAPAT LUNASKAN SEGALA JANJI BEGITULAH CARA MEREKA MENIPU DAN TERUS MENIPU...BANGSAT PUNYA PR

    BalasPadam
  2. Orang suruh bikin rumah rakyat...lu bikin rumah urut banyak2 apesal apek haaa ??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.