Halaman

Ahad, Januari 29, 2012

KERAJAAN BAGI BANTUAN, PEMBANGKANG BAGI APA???


Semalam, puak - puak dari Parti Kencing Rakyat tu sekali lagi telah mempertikaikan tindakan pihak Kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia.

Kali ini, sasaran mereka ialah kaum India dengan mengaitkan bantuan sebanyak RM3,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, bantuan tersebut tidak mencukupi bagi membantu kaum tersebut untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

Dana yang diuruskan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia itu tidak mempunyai keperluan yang mencukupi untuk memenuhi objektifnya secara menyeluruh.
"Apa yang anda boleh lakukan dengan RM3,000?" Kata Naib Pengerusi PKR Melaka, G. Rajendran yang merujuk kepada jumlah maksimum peserta dalam skim tersebut. - FMT
Hakikatnya, kenyataan itu hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga je sebenarnya. Diorang bukannya ikhlas pun nak membantu kaum India ni.

Sejak bila PKR turun membantu mereka sedangkan selama ini kaum tersebut hanya dipinggirkan sahaja oleh pimpinan PKR.

Sebagai contoh, isu di Kampung Buah Pala dulu yang jelas tidak mendapat pembelaan seperti yang dijanjikan oleh Si Ketua Penipu tu sendiri.

Konon, kata dia, isu berkaitan dengan kampung tu akan diselesaikan dalam tempoh 2minggu jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang.

Tapi, akhirnya apa jadi? Habis semua rumah - rumah penguni kampung tersebut tergadai dan dirobohkan begitu sahaja oleh rejim DAPigs bagi memberi laluan kepada sebuah Kondo.

Dan isu yang terbaru, puak - puak Hindraf pulak menarik semula sokongan kepada Pakatan Pembangkang kerana GAGAL memperjuangkan kaum tersebut.

Tahan jugak la pihak kerajaan nak bagi bantua mikro-kredit bagi membantu kaum India ni keluar dari belenggu kemiskinan daripada tak buat apa - apa lansung. Kalau setakat bercakap je, semua orang pun boleh!!! Budak tadika pun reti nak bercakap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.