Halaman

Rabu, Januari 18, 2012

KESIAN RAJA NONG CHIK KENA TIPU!!!


Dalam ramai - ramai orang, Datuk Seri Raja Nong Chik ni pun boleh kena tipu. Macam dia baru kenal pulak puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Semua orang dah tau yang Si Nurul Izzah tu tak reti buat kerja. Dah lebih dari tiga tahun dah. Yang dia tau hanya bercakap dan mengkritik orang je kerjanya. 

Kalau dia tak bercakap dan mengkritik, dia menipu. Itu je la kerja yang dia tau buat pun. Nak kata yang dia membantu rakyat? Jangan harap la!!!
Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.
“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.
Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.
Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).
“Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini.
Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat.
“BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.
“Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi.
Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai."

1 ulasan:

  1. Sememangnya.. jika urusan keperluan rakyat maka pihak yang berkuasa pegang duit rakyat perlu langsaikan.... kalau tidak, duit rakyat dihabiskan kemana? NFC ke, joli di oversea ke? Cincing bini ke? poket menteri ke?

    Wakil rakyat tugasnya suarakan keperluan & hasrat rakyat... pihak menteri & pegawai pentadbir perlu laksanakan setiap kehendak rakyat tersebut, sebab mereka yg jaga duit bukan wakil rakyat!

    MP Nurul izzah telah suarakan/ minta/ rayu / kritik/ desak/ di Parlimen dan kepada DBKL, maka tindakan yg diambil oleh pihak berkuasa kerajaan tersebut adalah merupa juga sebahagian sumbangan MP yg berkaitan!

    Jangan jadi macam MP UMNO, semua nak bolot kuasa dan duit rakyat kat tangan mereka.... sebab tulah banyak skandal, penyelewengan dan pembaziran berlaku..... akhirnya rakyat kena tanggung beban ketirisan perbelanjaan negara melalui cukai barangan & perkhidmatan (GST).... kos hidup semakin tinggi, nilai duit semakin jatuh, ..... nak pangkah UBN lagi ke?

    PRU13... marilah kita TUKAR kerajaan pusat ...untuk PERUBAHAN!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.