Halaman

Ahad, Januari 22, 2012

LANTIKAN EXCO ADA UNSUR TIKAM BELAKANG???


Wah!!! Ini dah kira bahaya ni. Ada pulak agenda main tikam belakang dalam perlantikan Exco baru yang mewakili PAS tu ye.

Mungkin taktik tu sengaja dibuat bagi melemahkan serta mencalarkan lagi kredibiliti Parti Angguk Saja tu agar mereka terus dipinggirkan oleh orang Melayu kot.

Jadi, mungkin sebab itu portfolio Hal Ehwal Agama Isla tu tak diserahkan kepada mereka. Semuanya taktik nak memburuk - burukkan PAS la tu ye.

Agak - agaknya, siapa la yang busuk hati sangat nak main tikam belakang ni ye? Kalau tanya pada puak - puak Pakatan Pembangkang tu, jawapan diorang tak de lain. 

Mesti UMNO dan Barisan Nasional jugak yang akan dipersalahkan. Padahal diorang sendiri yang buat pasal. Nak salahkan orang lain menda kejadahnya pulak!!!
Pemuda Pas khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Adat Resam, Belia dan Sukan, kelmarin.


Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.


“Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.


“Saya bimbang sekiranya mimpi ini jadi kenyataan dan timbul protes daripada mereka tidak suka kepada calon yang dilantik. Apa pun, paling penting, kita jangan khianatinya dan biarlah beliau menjalankan tugas serta amanah yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataannya di laman sosial berbunyi, 'Kalau hendak berkawan biar tahu membaca ragam. Kalau hendak berkawan biar tahu membuka gelanggang. Pas kawan siang dan malam, tetapi kenapa maruahnya dilagang.'


Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, beliau menulis perkara ini supaya dijadikan peringatan kepada semua dan mereka yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Beliau berkata, sekiranya ‘ramalan’ ini benar-benar berlaku, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dan turut merumitkan keadaan.


“Fokus sekarang, Ahmad perlu laksanakan amanah dan tugas yang diberikan terutama untuk menarik golongan muda mendekati kerajaan Pakatan melalui pelbagai aktiviti dianjurkan seperti sukan.


“Kami tidak kisah siapa pegang jawatan itu dan berprinsip tidak mahu campur tangan dalam urusan berkenaan. Itu hak menteri besarnya dan dan ia tidak penting untuk kami berbuat demikian,” katanya. - SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.