Kenyataan Media - Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.
Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.
Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.
Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.
Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.
IMR penyelamat rakyat. Norman Toha, Pengerusi Sekretariat Mobilisasi Umat
Ps: Dimana janji - janji yang ditaburkan oleh Si Mahfuz Bean...ngai tu sebelum ini? Katanya, dia akan pastikan Keselamatan disepanjang Program jelajah yang akan dibuat oleh Dr. Hassan Ali.
Ni, belum apa - apa dah timbul masalah yang bukan - bukan. Selamat menda jadahnya!!! Tak buat program lagi, tapi banner semua dah kena cabut, apa cerita?
Nampak sangat puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang dah ketar lutut bila dapat tau yang Hassan Ali nak buat Road Show ni. Kenyataan mereka sebelum ni hanya Retorik semata - mata.
Konon, diorang kata, isu pemecatan Hassan Ali ni tak de masalah dan kesannya pun hanya pada takat minima. Habis, menda jadah pulak yang diorang terpaksa keluar arahan untuk turunkan banner ni?
Dengan tindakan ini juga, telah membuktikan bahawa puak - puak Pakatan tu menghalang Kebebasan Bersuara!!! Kalau dah perjuangan sendiri pun diorang sanggup lacurkan, apa lagi yang tinggal!!! Bungkus je la!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.