Halaman

Rabu, Januari 11, 2012

NASHA MAT ISA PULAK BAKAL DIPECAT!!!


PAS disifatkan telah mengambil tindakan yang ekstrem dan drastik dalam sejarah parti itu apabila mereka memecat Datuk Dr. Hassan Ali baru - baru ini.

Tindakan tersebut dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar dilakukan memandangkan apa yang telah dibuat oleh Hassan Ali tidak lari dari perjuangan PAS.

Walaupun ada dikalangan penyokong Pakatan Pembangkang tu menyifatkan bahawa Hassan Ali tidak memberi sumbangan kepada perjuangan Islam, ianya meleset sama sekali.

Bagi bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sendiri, Hassan Ali sudah menyumbang terlalu banyak kepada perjuangan Islam selama hari ini.

Maka atas dasar itu, dia turut hadir memberikan sokongan kepada Datuk Dr. Hassan Ali yang ditimpa musibah ekoran kritikan yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Nasha Mat isa tak datang seorang. Malah seluruh ahli keluarganya telah turut sama dibawa bagi menyatakan sokongan tersebut.

Jadi, persoalannya sekarang. Adakah PAS juga akan turut mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa seperti mana yang telah mereka lakukan kepada Hassan Ali?

Kalau diorang ambik tindakan juga, maka sudah terbukti PAS sudah menyimpang jauhdari dasar perjuangan mereka yang sebenarnya. 

Mereka telah berjaya membuktikan bahawa parti itu sekadar Parti Angguk Saja!!! Bukannya sebuah parti yang memperjuangkan Islam pun!!!


1 ulasan:

  1. video seks terbaru anwar ada di sini.. cepat-cepat, sblm org lain siarkan. sila klik pd link yg diberikan link untuk lihat video tersebut http://yomamaparpu.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.