Halaman

Selasa, Januari 24, 2012

NASIB TOK JAN LAGI TERUK DARI HASSAN ALI!!!


Kesian jugak Semut tengok nasib yang menimpa Tok Jan ni. Dia kena lagi teruk dari apa yang telah diterima oleh Datuk Dr. Hassan Ali.

Kalau macam Hassan Ali tu, boleh jugak la kita terima akal sebab dia kritik PAS secara terang - terangan. Sedangkan Tok Jan tak usik lansung soal parti. Pun kena balun jugak.

Dah la tu. Kena balun pulak tak agak - agak. Ada yang sampai kata dia ni macam Tong Kosong, bebal dan sebagainya. Apa la nasib dia ye tak.

Semuanya sebab gara - gara Tok Jan tak nak tunduk kepada desakan yang dibuat oleh budak - budak Mahasewel tu bagi menuntut Kebebasan Akademik di KUIN.

Apa sebenarnya yang dituntut dek budak - budak sewel ni sebenarnya? Apa benda yang tak bebas lagi dalam sistem akademik di Malaysia ni?

Diorang dihalang untuk berpersatuan ke kat Universiti atau di Kolej masing - masing? Adakah itu yang dimaksudkan dengan kebebasan akademik tersebut?

Yang Semut dengar, diorang hanya buat tuntutan untuk bebas menyertai pergerakan Politik sama ada didalam atau diluar Universiti je. Bukannya nak Kebebasan Akademik sangat pun.

Kalau nak sibuk berpolitik, tak payah la susah - susah nak masuk Universiti. Pergi je berpolitik. Buat macam Si Mahfuz Bean tu. 

Angkat beg kat Lapangan Terbang pun boleh jadi Ahli Parlimen jugak. Tak payah sibuk - sibuk masuk Universiti atau Kolej pun.

Yang diorang sibuk sangat nak maki hamun orang macam Tok Jan tu pasal apa? Mana hilangnya sikap menghormati orang tua dikalangan Mahasewel ni? 

Kalau orang tua yang jenis tak sedar diri tu, tak pe la jugak. Ini tidak. Hanya semata - mata Tok Jan tak setuju untuk menghapuskan AUKU, dah berbakul - bakul sumpah seranah.

Macam mana kita nak kata yang diorang ni dari kalangan orang yang berpendidikan tinggi sedangkan perangai diorang semuanya mengalahkan budak sekolah tadika!!! Nak Kebebasan Akademik konon. Ceit!!! Pigidah!!!

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) segmentasi mahasiswa mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaaan PAS Kedah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Abdul Razak menggunakan akta zalim untuk menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa.
Dalam satu kenyataan media, Penyelarasnya Wan Farel berkata beliau seharusnya lebih bersikap profesional dan terbuka dalam menangani masalah berkaitan mahasiswa.
“Pakatan Rakyat, secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tetapi Azizan telah bertindak secara jelas menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan,” katanya.
Tegas beliau, selaku Menteri Besar beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa.
Menurut Wan Farel, walaupun menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Pakatan sendiri dan gerakan- gerakan mahasiswa Azizan masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut.
Azizan menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa. SAMM melihat cara dan tindakan Azizan ini adalah satu penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya,” jelas beliau.

2 ulasan:

  1. Bos ajar jadi kurang ajar macam dia.

    Kalau anak orang buat kat hangpa, hangpa marah. Siap maki seluruh keturunan.

    Tapi bila balun juboq anak orang hangpa buat Raod Show minta nyawa. Daripada buat Road Show lebih baguih buat Tiger Show, siap promote ubat sakit pinggang.

    BalasPadam
  2. bnde xjd ag cm lam jinggay tu tp da nk praktik kan??hohoho mmg bebal!xmemerintah ag tp pangai mcm anjeng!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.