Halaman

Rabu, Januari 25, 2012

NIK AZIZ HALALKAN KONSERT WANITA PULAK!!!

"Orghe Tino Nyanyi, Kito Pakat Tutup Mato Jo La"
Wah!!! Dah jauh sangat dah berubahnya puak - puak PAS sekarang ni ye. Ingatkan diorang setakat mampu mengugurkan perjuangan Negara Islam je.

Rupa - rupanya, macam - macam benda lagi yang diorang sanggup gugurkan. Dulu, pantang sangat nak buat konsert - konsert ni. Semuanya dianggap 'lagho' belaka.

Tapi sekarang, bukan setakat konsert je yang dihalalkan dek Si Wali Terompah tu. Siap buat persembahan dari kalangan artis wanita lagi.

Dulu bukan main lagi diorang kata yang suara perempuan ni dianggap sebagai aurat dan tidak boleh nak didedahkan kepada orang ramai.

Jadi, apa tengkoraknya pulak diorang panggil Si Nana ni untuk buat persembahan? Adakah sebab dia pakai tudung je maka semua yang haram dulu dah jadi Halal?

Bila orang cakap yang PAS sekarang ni dah jauh berubah, bukan main lagi diorang naik angin. Sekarang, diorang nak kata apa lagi??? Korang fikir la sendiri!!!
Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.



Artis yang terkenal lagu duetnya ‘Paling Comel’ bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.


Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.


“Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,”ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara  tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

3 ulasan:

  1. Biasa laa bila mulut cuma tau mengutuk orang lain tapi dia tak sedar kain sarung yang dipakainya udah koyak..sebab tu laa punggung nya terdedah pun dia tak sedar sehinggakan sanggup diliwat oleh nuar brahi dan dap...dulu bukan main islamiknya..suara wanita adalah aurat..wanita tak boleh bekerja dan bergincu kerana terdedah kepada maksiat dan dosa..diwujudkan kaunter kaunter khas bagi wanita dipasaraya. tapi sekarang bukan bukan soal penyanyi wanita dijemput untuk membuat pesembahan malah pertandingan bina badan lelaki dengan cuma memakai underware pun dah dibenarkan dikelantan. maklumlah sekarang ni perjuangan PAS bukan untuk pemerintahan secara berlandaskan islam tetapi sudah bertukar menjadi negeri menyuruh rakyat membuat kebajikan kepada para pemimpinnya. Alang kah kesiannya melayu yang menyokong PAS..berterusan dibohongi dan ditipu oleh pemimpin mereka yang menjadikan cara berpakaian dan kehidupan secara sederhana serta menjadikan agama sebagai topeng untuk menipu para penyokong mereka.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.dah sedar pun PAS.tilawah quran tahun ni mungkin ada qariah dari kelantan.takkan nyanyi bukan aurat tapi bila ngaji automatik jadi aurat.pimpinan pas jangan jadi biskut sekejap boleh sekejap tak.

    BalasPadam
  3. inilah politik.dek kerana mengharapkan raayat sokong dia silap haribulan terpaksalah menghalalkan yang haram.kalau tak nanti tak menang pilihanraya pulak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.