Halaman

Selasa, Januari 17, 2012

ORANG MUDA PUN TAKUT JADI MANGSA ANUGAY!!!


Sedar atau tidak, kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Mohd Saiful telah menimbulkan kesedaran dikalangan rakyat Malaysia ni rupanya ye.

Diorang pun tahu yang Si Ketua Penipu tu tak boleh dipercayai. Terutama sekali bagi mereka muda - muda. Diorang pun takut kena liwat dengan Si Ketua Penipu tu jugak!!!
Golongan muda di negara ini mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana ketua pembangkang itu berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukannya demi kepentingan rakyat.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili generasi itu berkata, Anwar bukan sahaja gagal melakukan transformasi sebagaimana diharapkan golongan muda, sebaliknya merosakkan institusi negara selain terpalit pelbagai masalah moral.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan majalah antarabangsa, The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai adalah tepat.
"Kami generasi muda yang berpendidikan tinggi sudah lama mengetahui bahawa Anwar bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Ambil sahaja kes liwat sebagai contoh, beliau bukan sahaja sengaja melengah-lengahkan kes tetapi mahu hakim dipecat.
"Namun, ironinya hakim yang sama akhirnya membebaskan beliau daripada tuduhan liwat. Persoalannya di mana dakwaan yang beliau jaja selama ini kata semua itu konspirasi kerajaan sehingga institusi kehakiman negara dicemuh dan dituduh.
"Semua ini kami nampak. Jangan anggap generasi muda tidak boleh menilai semua ini. Apa yang dikatakan The Economist memang benar dan kami sudah lama menyedari hakikat itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun ketua pembangkang itu baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Menurut majalah tersebut, imej serta reputasi Anwar telah tercemar khususnya di kalangan generasi muda di negara ini dan pada masa sama gagal membawa pemodenan dalam politik kerana beliau sendiri mengamalkan nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam pada itu, sebuah lagi NGO yang mewakili orang muda, Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap sikap talam dua muka yang menjadi pegangan Anwar untuk menghalalkan nafsu politiknya sangat dikesali generasi muda di negara ini.
Naib Presiden MBM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, generasi muda hari ini mahukan seorang pemimpin yang mampu menjayakan transformasi pentadbiran negara dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan melebihi segala kepentingan lain.
"Tindak-tanduk Anwar ini sebenarnya sangat berbahaya kerana apabila pemimpin itu meletakkan kepentingan peribadi sebagai asas perjuangan, negara boleh runtuh kerana pemimpin sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi cita-citanya.
"Bukan sahaja kami generasi muda kenal siapa sebenarnya Anwar tetapi masyarakat antarabangsa juga sudah sedar masalah yang dibawanya dan kalau Anwar merasakan The Economist memfitnahnya, saya cabar beliau saman majalah itu," katanya.

1 ulasan:

  1. Pakatan Rakyat akan menyokong cadangan Dato seri Anwar Ibrahim untuk menggubal undang-undang kebebasan Seks luar tabii. Hak mutlak peribadi kami perjuangkan. PAS dan DAP serta PKR dalam pakatan rakyat akan membela nasib LGBT ini. Kebebasan dan kahwin songsang adalah hak mutlak rakyat malaysia. Hidup Anwar, hidup Ambiga Hidup Pak Said, hidup Lim Kit Siang dan hidup Hadi Awang dan Nik Aziz.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.