Muktahir ini bila melihat perangai puak - puak Pakatan Pembangkang tu, Semut nak tergelak pun ada jugak. Kelakar melihat gelagat diorang sekarang ni.
Setiap kali baca cerita pasal diorang, sama ada dalam blog atau portal yang Pro Pembangkang dan sebaliknya, senyuman sinis terukir secara tak sengaja.
Dulu, diorang bukan main lagi. Ikut suka hati diorang je nak buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan. Diorang boleh kata apa sahaja.
Apa sahaja dakwaan yang diorang buat dipercayai oleh rakyat. Apa sahaja tindak tanduk diorang didalam dan diluar Negara tidak diperhatikan.
Sekarang ni, diorang dah tak mampu nak buat semua tu. Apa sahaja yang diorang buat akan dijawab atau dibalas semula oleh pihak Barisan Nasional.
Tak kira la diorang buat apa pun. Sama ada ianya didalam mahupun diluar Negara. Mesti ada orang yang akan mendedahkannya.
Dulu diorang buat dakwaan kata anak - anak Tun Dr. Mahathir ada akaun di dalam bank Israel. Puas Tun menjawabnya kepada rakyat dengan menafikannya.
Tapi bila giliran diorang pulak yang kena, tak de pulak diorang nak jelaskan kepada rakyat. Diorang buat tak tau je. Mana pergi tanggungjawab mereka kepada rakyat?
Bila ada kes pasal surat layang yang kononnya disebarkan oleh geng - geng Azmin Ali untuk memburuk - burukkan Nurul Izzah, tak de sapa pun yang tampil menjelaskannya.
Kata orang tua - tua, diam tu tandanya setuju. Adakah Si Azmin Ali tu bersetuju dengan pandangan ahli PKR lain yang mengatakan bahawa dia yang jadi dalang menyebarkan surat tu?
Isu paling terkini ialah mengenai kelantangan Si Ketua Penipu tu bercakap selepas dia dilepaskan dari kes liwat terhadap Mohd Saiful.
Dek sebabkan dia terlalu angkuh, bodoh dan sombong dengan keputusan tu telah membuatkan dia bertindak bangang.
Tapi bila dah dikantoi, mula la dia menggelabah tak tentu arah. Maka puas la puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak membetulkan keadaan.
Soalnya siapa suruh dia bangang sangat keluarkan kenyataan nak hapuskan undang - undang berkaitan dengan isu liwat ni? Ada orang suruh dia cakap macam tu?
Dah tak pasal - pasal je sekarang ni dia tak cukup tanah nak meneraangkan semula perkara tersebut kepada ahli - ahli PAS yang sampai hari ni masih diam membisu.
Sekarang baru dia tau sama ada muka dia padan atau tidak. Baru itu la terhegeh - hegeh nak saman orng tak tentu pasal. Dia sendiri yang buat tu, siapa suruh??? Apa, dia tak pernah dengar ke perumpamaan 'Kerana Mulut, Badan Binasa'? Sekarang, lu tanggung la sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.