Kesian jugak bila tengok Si Mahfuz Bean ni semakin hari semakinsakit otak memikirkan kaedah macam mana nak memburuk - burukkan lagi keadaan sedia ada.
Baru je dia nak menjejakkan kaki dalam isu berkaitan dengan National Feedlot Center (NFC), dah timbul pulak cerita lain.
Sebelum ni, Si Mahfuz Bean ni mula mempertikaikan pasal dana sebanyak RM250juta yang dikatakan telah diterima oleh syarikat terbabit.
Kata dia, adakah penyerahan dana tersebut dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan atau sebaliknya.
"Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan?
"Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz.
Tapi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara semalam juga turut membantutkan lagi usaha memburuk - burukkan isu berkenaan.
SHAH ALAM - Kontroversi berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) selepas pendedahan Laporan Audit Negara 2010 pada Oktober lalu akan dijelaskan dalam masa terdekat oleh Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.Dengan penjelasan bakal dibuatnya, diharap akan menyelesaikan kemelut berlarutan sejak tiga bulan lalu.Enggan mengulas panjang, beliau hanya berkata, hal itu dijelaskan dalam sedikit masa lagi.
“Saya akan maklumkan berhubung perkara ini sedikit masa lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kita tunggu dan lihat je la apa penjelasan yang akan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara tu nanti. Jangan sampai ada yang sakit jantung nanti sudah la!!! Masa tu, menyesal pun dah tak berguna lagi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.