Halaman

Rabu, Januari 25, 2012

TONY PUAKA MALU DENGAN IMAGINASI SENDIRI!!!

Isu dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) atau yang dikenali sebagai SGPV (Second Generation Patrol Vessel)  oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akhirnya terjawab.
Isu berkenaan mencuri perhatian senario politik tanah air sejak rakan sejawatan saya, YB Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Ahli Parlimen pembangkang lain membangkitkan isu berkenaan di Parlimen serta menerusi media.
Saya akui, kebimbangan turut wujud di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana dakwaan yang dibuat sangat serius dan membabitkan wang pembayar cukai yang mencecah berbilion ringgit.
Justeru, semestinya kami berasa lega apabila Kementerian Pertahanan dan pegawai atasan Angkatan Tentera memberi "penjelasan sejelas kristal" (sekadar memetik ungkapan Ahli Parlimen Machang, YB Datuk Saifuddin Nasution) dalam taklimat kepada Ahli Parlimen BN (Saya sendiri, YB Khairy, YB Datuk Ahmad Hamzah, YB P Kamalanathan dan YB Bung Moktar) dan Pakatan Rakyat (YB Tony Pua, YB Dr Dzul dan YB Datuk Saifuddin) beberapa hari lalu. 

Nampaknya, dakwaan ditimbulkan tidak benar dan ada penjelasan munasabah di sebalik itu itu. Angka RM9 bilion yang dinyatakan memang direkod secara rasmi sejak 2008 lagi.
Jumlah itu adalah nilai siling sebenar yang diperuntukan menerusi dua Rancangan Malaysia (RM6 bilion pada Rancangan Malaysia Ke-10 dan RM3 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11).
Selepas taklimat berasaskan fakta yang meruntuhkan hujah pihak pembangkang, Tony cuba memberi justifikasi kepada tohmahannya dengan mendakwa apa yang dinyatakan dalam blog dan kenyataan medianya sebelum ini sekadar ingin bertanya dan beliau tidak merasakan apa yang salah mengenainya.
Sepantas itu juga saya katakan kepada Tony supaya meneliti ceramahnya sendiri di YouTube yang sarat dengan sindiran kononnya berbilion ringgit telah disalahguna dan perolehan ketenteraan dipenuhi unsur rasuah.
Saya tegaskan beliau bukan sekadar bertanya tetapi memang sengaja mencari pasal. Beliau hanya berdiam dan tidak membalas.

Ps: Hehehe... Apa boleh buat ye tak. Bila hidung dah terantuk ke dinding, mana ada orang nak mengaku kata diri dia BONGOK.

Jadi, sama la dengan Si Tony Puaka ni. Bila dia dah songeh sebab tabur fitnah terhadap Kementerian Pertahanan, mula la dia buat alasan yang bukan - bukan.

Itulah masalahnya, Bila orang tua - tua pesan, diorang tak nak dengar. Kalau dah tak reti menari, jangan salahkan lantai berjongkang jongket!!! Tapi kalau dah dasar Bengap tu, Bengap la jugak!!!

Sumber seterusnya, klik Kat Sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.