Halaman

Isnin, Mac 05, 2012

AHLI PAS TERKEJUT, PAK BERAHIM TOLAK AMANAT HAJI HADI!!!


Hairan bukan. Seorang Ketua Penerangan yang dilantik oleh Presiden parti boleh menolak amanat yang disampaikan. Bagaimana dia boleh jadi Ketua Penerangan?

Dalam perkembangan terkini, Pak Berahim selaku Pesuruhjaya PAS Pahang masih lagi mempersoalkan tentang keselamatan kilang memproses nadir bumi di Gebeng.

Kata dia, pihak Kerajaan pelu menjelaskan kepada rakyat berkaitan dengan isu pelupusan sisa bahan tersebut sedangkan lesen sementara sudah dikeluarkan.

Apa yang menghairankan ahli - ahli PAS ialah, apabila Pak Berahim masih juga menolak amanat yang disampaikan oleh Haji Hadi dalam Mukhtamar yang lalu.

Antara lain, Haji Hadi kata isu berkaitan dengan Lynas ni perlu dirujuk kepada pakar mereka sendiri iaitu Dr. Che Rosli yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.
"Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia Phd edalam bidang Nuklear, Dr. Dzulkefly Ahmad, bahagian Keracunan. Jangan rujuk kepada orang lain. Nak tahu pasal kelapa sawit, jangan tanya pakar getah. Sebelum buat keputusan, rujuk pakar kita. Saya tidak mahu ulas panjang, saya minta supaya dengar taklimat Dr. Che Rosli tentang itu." - Ucapan Penggulungan Presiden PAS dalam Mukhtamar kali ke 57 di KUIZM.
Ini jawapan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Che Rosli yang disiarkan melalui Buletin Utama Tv3 tak berapa lama dahulu:


Tambah menghairankan ialah kenapa Pak Berahim tu sendiri tak turun sewaktu Himpunan Hijau diadakan baru - baru ini? Padahal dia yang suruh ahli PAS semua turun.

Jadi, ahli PAS mula mempersoalkan integriti Pak Berahim ni sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri. Suruh orang turun berperang sedangkan dia sendiri bersembunyi. 

Pemimpin menda jadahnya kalau macam tu? Sedangkan amanat Presiden sendiri pun dia mampu tolak, pun dia nak suruh orang dengar cakap dia? Kalau cakap pakar pun dia tolak, dia nak orang ikut cakap dia menda jadahnya lagi!!!

3 ulasan:

  1. CUBE LYNAS NI DIUBAH LOKASI KAT PENANG.. GERENTI HALAL..

    BalasPadam
  2. Ce ce ubah pojek ni kat Kelate sure halal...x dop maselah nyerr

    BalasPadam
  3. mereka masih ta mempercayai kata2 pakar,lebeh percaya kepada PKR,bedebah punya pembangkang,semua benda nak bangkang,hak dia jer yang elok

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.