Halaman

Jumaat, Mac 16, 2012

ANUWAR BAKAL SAMAN RAHIMI OSMAN!!!

Nak Kena Saman Pun Dia Masih Boleh Tersenyum???
Kelantangan Si Rahimi Osman ni mungkin juga bakal mengundang padah. Tapi, jangan risau. Si Ketua Penipu tu takkan berani nak ambik apa - apa tindakan.

Sedangkan isu berkaitan dengan maruah diri dia dan keluarga dia pun dia tak mampu nak pertahankan, inikan pulak dengan pendedahan seperti ini.

Lagi la dia tak ambik peduli sebab memang sah dia buat pun. Sama la macam isu yang berkaitan dengan video seks tu. Dia takut nak ambik tindakan sebab memang sah dia buat kerja Haramjadah tu!!! Bukannya dia nak bantu rakyat sangat pun!!!
PENDEDAHAN Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar Ibrahim selama tiga tahun mengenai campur tangan berbentuk dana asing dalam politik dan pilihan raya di Malaysia adalah sesuatu yang amat serius. 
Dia menyatakan sejak 2007, surat yang ditulis kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman dan George Soros adalah benar.
Kata Rahimi, badan perisikan antarabangsa turut menghantar lima utusan khas bagi membantu pembangkang. Bermula 2007 seorang warganegara Amerika Syarikat, Aasil Khazi Ahmad dibayar sehingga $30,000 sebulan dan dia yang dibantu oleh tiga lagi lelaki asing merangka gerak kerja, perang saraf serta latihan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk bagaimana maklumat dalam sistem Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) diceroboh.
“Aasil Khazi ialah utusan khas yang dikirim oleh agensi perisikan antarabangsa tersebut bagi membantu menjayakan misi menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Rancangan besar pihak asing turut menyalurkan dana dalam jumlah mencecah beratus-ratus dolar Amerika.
Hasil dana tersebut membolehkan Anwar membayar wang deposit kepada semua calon PKR dan Rahimi bertanggungjawab memasukkan wang tersebut ke dalam akaun calon masing-masing,” dakwa Rahimi.
Mengenali tugas Rahimi di pejabat Anwar suatu ketika dulu, memang dia tahu apa yang berlaku kepada Anwar. Sebab itu kenyataan detailnya dalam AIDC News yang pernah penulis baca membayangkan lebih daripada itu termasuk soal moral dan hubungan baiknya dengan Saiful.
Rahimi tahu apa yang berlaku kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana dia yang memperkenalkan Mohd Saiful kepada Anwar dan Mohd Saiful memberitahu kepadanya apa yang terjadi antaranya dengan Anwar.
Bila Rahimi ‘ditahan’ suatu ketika di Hotel Quality, Shah Alam selama beberapa hari atas arahan Anwar, tentu ada sesuatu yang tak kena kerana Mohd Saiful sudah membuat aduan polis kerana kesnya.
Apabila Rahimi disuruh membuat Akuan Bersumpah palsu mengenai sesuatu ia menimbulkan syak yang tinggi mengapa ia berlaku.
Apa yang didedahkan oleh Rahimi menyentuh keselamatan negara secara langsung. Kalau ia berlaku pada 2007/2008 sewaktu Pilihan Raya Ke-12, seperti dakwaan Rahimi, sudah tentu ia boleh berlaku semula pada Pilihan Raya Ke-13 yang bakal menjelang. - Sumber

4 ulasan:

  1. dah agak dah dia memang tali barut barat.kalau btul benar raayat malaysia jangan sokong dia.dedah lagi kegiatannya supaya raayat semua tahu dia amat merbahaya.

    BalasPadam
  2. Msaalahnya ada lagi yang dok puja-puja dia ni.

    BalasPadam
  3. yang lebih merbahaya anuar telah menyahudi penyokongnya terutama orang2 melayu, aku teringat kata2 guruku semasa aku mengaji pondok dulu, sikap yahudi dia boleh membuat perkara yang fitnah jadi jadi benar dan yang benar jadi bathil, dan suatu hari nanti pengikut yahudi akan berada disekeliling kita untuk membantu menjayakan agenda peminpin mereka. Nah, hari ini telah benar apa yang dikatakan oleh guruku itu. NauzubiIILah...!

    BalasPadam
  4. dh jd pemain peringkat antarabangsa puak puak tuh...tp x dapat jgk dia jatuhkan Bn Umno... knapa erk? Kerana Allah adalah sebaik baik perancang..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.