Halaman

Rabu, Mac 07, 2012

BADROL TERUS MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI!!!


Pelik jugak tengok pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Tak serik - serik agaknya diorang memperbodohkan diri sendiri didepan khalayak ramai.

Yang peliknya, diorang jugak yang kata jangan aibkan orang lain. Ni, dah heret nama orang dalam kes khalwat dia ni, menda kejadahnya? Tak aibkan orang pulak ke?

Kalau ye pun diorang tak serik, baik la diorang berbogel je ditengah - tengah orang ramai. Kan senang. Tak de la menyusahkan orang. Tak payah nak susah - susah nak babitkan orang lain dalam kes khalwat dia sendiri!!!
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat anggota majlis tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.
"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Hujung bulan lalu, Badrulamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.
Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. JAIP pada 25 Februari lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.
Menurut  Mohamad Sahfri, siasatan ke atas Badrulamin masih diteruskan dengan beberapa orang saksi masih diambil keterangan mereka.
"JAIP perlu menjalankan siasatan terperinci dengan memerlukan sedikit masa kerana kes ini diperoleh daripada aduan dan bukannya daripada operasi seperti kebiasaan.
"Justeru saya ingin menasihati Badrulamin agar tidak memberi sebarang kenyataan kepada akhbar kerana ia sedikitpun tidak akan membantu proses siasatan," katanya.

2 ulasan:

  1. Peringatan kepada semua pemimpin pakatan rosak dan para pengikut mereka...

    MESKIPUN KORANG SEMUA NAK TIPU DAN HANCURKAN KEHARMONIAN NEGARA DAN TERUS MENERUS MEMPERSENDAKN AGAMA ISLAM SERTA BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENGIKIS HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU,
    KETAHUILAH BAHAWASANYA ALLAH SWT TUHAN YANG MAHA ESA LEBIH MAHA BERKUASA DAN PUNYA PERANCANGAN-NYA SENDIRI UNTUK MENEGAKKAN YANG HAK DAN MENJATUHKAN YANG BATHIL.

    tidakkah korang lihat dan perhatikan sekarang ini, dari hari ke hari, kebathilan2 yang korang lakukan semakin lama semakin terdedah dan jatuh tanpa dapat korang nak pertahankan lagi!!!!

    Sedar-sedarlah...

    -Bekas penyokong Nik Aziz

    BalasPadam
  2. Tak payahlah kisah hal mamat nih... setahu aku bukan dia ada jasa apapun kpd rakyat... Maknanya dia bukan penring sgt kepada rakyrakyat Malaysia.. Tak ada dia pun Malaysia tetap bergerak ke hadapan...
    Serahkan sahaja kpd mahkamah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.