Halaman

Khamis, Mac 15, 2012

DRAMA VANILLA COKLAT BERSIHKAN NAMA IZARA AISHAH!!!


Ps: Nasib baik la ada drama Vanilla Coklat tu kan. Kalau tidak, orang akan selalu anggap Izara ni kejam macam watak Fiona dalam drama Soffiya. 

Jadi, boleh jugak dia membersihkan imej dia dan mengelakkan diri dari terus diancam seperti sebelum ini.

Tapi, lain pulak soalnya bagi orang macam Si Ketua Penipu tu. Dia buat la macam mana cara sekali pun. Dah tentu - tentu dia akan GAGAL. Kalau dah kaki Penipu, Penipu la jugak!!!

Awek pujaan ramai sekarang ini pada pendapat Abang Nara tak lain tak bukan ialah Izara Aishah. Semua ini kerana drama Vanilla Coklat yang telah tamat semalam. 
Dengar cerita ramai jugak yang hadir untuk menonton episod terakhir Vanilla Coklat di Rasta TTDI semalam. Yang hadir pastinya gembiranya kerana dapat berjumpa dengan Izara.
Apa yang Abang Nara kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. 
Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. 
Abang Nara rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.
Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. 
Kepada Izara, Abang Nara doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh. - Sumber

1 ulasan:

  1. Mantap Tuan! Mohon linkkan blog saya pendekarawang1.blogspot.com (JOMO MALAYA)... Saya dah linkkan blog tuan dalam blog saya... teruskan perjuangan... TQVM..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.