Halaman

Khamis, Mac 15, 2012

EDISI GEMPAK!!! PKR DESAK DR. CHE ROSLI DIPECAT!!!


Ini satu kisah yang didedahkan dalam laman blog Pro Pakatan Pembangkang yang mendesak agar PAS mengugurkan keahlian Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli.

Hanya kerana mereka terdesak nak mempolitikkan isu Lynas, maka desakkan itu dibuat untuk meneruskan pandangan mereka terhadap keselamatan kilang tersebut.

Mereka menuduh Dr. Che Rosli sengaja nak memperlekehkan usaha yang sedang giat dijalankan oleh PKR. Berikut diantara petikan didalam blog yang membuat desakan berikut:
Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat bahawa beliau juga seorang ahli politik.  Justeru, dalam isu Lynas ini, jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan dan diputuskan oleh parti.
Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas.  Apatah lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam sekitar di Gebeng?
Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat?  Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan politik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.
Bayangkan!!! Demi nak menjuarai Politik, mereka sanggup ketepikan pandangan dari seorang pakar yang juga merupakan pemimpin dikalangan mereka!!!

Malah, mereka juga sanggup membunuh karier Politik Dr. Che Rosli hanya semata - mata kerana beliau memberikan pandangan secara jujur dalam isu ini.

Nah!!! Sekarang korang fikir lah sendiri. Adakah ini sifat yang mahu kita lihat dalam diri pemimpin kita dimasa akan datang dimana mereka sanggup menggadaikan Kebenaran? Korang Fikir La Sendiri!!!

Ps: Sumber dari blog House PK.

6 ulasan:

  1. Kepakaran sesaorang pun PKR nak politikkan?? Nak bagi pandangan profesional pun keno mintak izin parti?

    Giler ker..?

    - anti Bongok..

    BalasPadam
  2. Orang Melayu mana layak jadi saintis..saintis Nuklear plak tu..Kalu kebenaran dari seorang pakar bangsa sendiri tak boleh pakai, baik korang panggil balik pakar Jerman yang kata Kotek Nuar dah condem,dengar pendapat dia tentang kotek Nuar je la standard korang.Orang Melayu pun nak juga buat bisnes nadir-nadir bumi ni, bukan setakat jual pisang goreng dan krepek ubi kayu je..ko faham ke tak???

    BalasPadam
  3. Jangan korang ambik pot sangat dengan puak penyokong pembangang nih... mereka tuh bukan berjuang memajukan negara tapi nk mundurkan negara nnti senang puak dio salahkan Umno...
    Lagi satu kalau pandangan seseirang tak sealiran dgn kehendak mereka walaupun benar maka tunggulah akibatnya... kalau fatwa yg pelik pelik dan kena dgn kehendak mereka maka menyalaklah mereka menyokongnya... puak tuh memang....

    BalasPadam
  4. Yo lah kalau Melayi ttp ditakuk lama senanglah mereka salahkan Umno...

    BalasPadam
  5. dr che rosli tahu perancangan ini adalah betol.semata mata untuk kebaikan negara.dia tak berani menyangkal nanti merugikan negara .malaysia ni pon negara dia juga.apatah lagi kalau dikempenkan jadi fitnah pulak.sudah tentu dalam kubur nanti gerenti teruk punya kena tibai[lanyak].kalau nak harapkan pr buat projek ni sampai malaikat tiup sangkakala pertama pon tak akan jadi punya.nak tak nak terpaksa akui akan kebenarannya.pasal dia pon ahli saintis.kena pecat olih pas pon tak apa asalkan dalam kubur nanti selamat.untong untong dia pon bolih kerja mengendalikan projek itu nanti.

    BalasPadam
  6. kalau dr che rosli saintis ,mereka2 ni guru kepada saintis,jadi mereka lagi layak buat keputusan...macam mak lampir tu saintis bapak dia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.