Halaman

Ahad, Mac 11, 2012

FARADHIYA BAKAL JADI ISTERI 200% TIDAK BENAR!!!


Terbaru, penyanyi dan pelakon, Faradhiya dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemilik rangkaian sebuah hotel terkenal. 

Malah, Faradhiya dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun kurang manisnya, lelaki berjaya bertakhta di hatinya itu bukan bujang, sebaliknya suami orang. Justeru, ada pihak membuat spekulasi, Faradhiya bakal menjadi isteri kedua.

Tidak lari atau cuba menyembunyikan diri, Faradhiya tidak keberatan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. 

Faradhiya atau mesra disapa Fara mengakui sedikit berang dengan fitnah disebarkan oleh pihak terbabit.


"Saya rasa, tidak perlu takut atau lari bila ada orang berkata mengenai saya. Saya sudah lali dengan gosip mengarut seperti ini. Cuma sudah beberapa tahun saya menjaga reputasi karier dari terlibat dengan cerita negatif. 



"Sepatutnya mereka bertanya kebenarannya sebelum mengeluarkan cerita mengarut seperti itu. Saya tidak kisah jika hati saya tercalar, tapi saya masih ada keluarga," katanya.



Faradhiya berkata, dia mengaku baru mengenali individu dimaksudkan oleh laman web hiburan tersebut, namun kenyataan mengatakan dia bakal berkahwin adalah mengarut.



"Saya akui baru mengenali lelaki dimaksudkan oleh blog hiburan tersebut. Bagi saya, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. 

Namun kenyataan mengatakan saya akan berkahwin dan sekali gus menjadi isteri nombor dua, 200 peratus tidak benar sama sekali.



"Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang. Apatah mahu menjadi isteri kedua dan sebagainya. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan buktikan pada semua pihak bahawa apa yang katakan itu tidak benar dan saya bukan wanita yang suka berkongsi," tegasnya. 



Wanita yang bakal menginjak ke usia 28 tahun, 28 April ini, bagaimanapun tidak berselindung dan mengakui sedang mengenali hati seseorang.



Namun, Faradhiya enggan berbicara lanjut mengenai perkara itu dan menyifatkan masih terlalu awal untuk berkongsi segala-galanya dengan peminat.



"Saya bukanlah seorang individu yang gemar berkongsi cerita peribadi. Saya faham, sesetengah pembaca, mereka 'geli' bila membaca cerita mengenai kisah peribadi artis. Malah saya sendiri yang sedang bercerita sekarang pun, merasa geli untuk bercerita lebih-lebih.



"Saya rasa cukuplah saya katakan, saya kini sedang mengenali seseorang dan bila tiba masanya, serta segalanya sudah pasti, barulah saya bersedia untuk bercerita kepada peminat," katanya penuh berhati-hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.