Halaman

Selasa, Mac 13, 2012

HEBAT SUNGGUH KHALID GAGAP JAGA KEBAJIKAN RAKYAT!!!


Fuh!!! Kagum sungguh Semut dengan cara Menteri Besar Badut ni menjaga Kebajikan Rakyat di Negeri Selangor. Tak heran la kenapa rambut dia serabai semacam.

Kalau sebelum ni, sibuk dia pukul canang ke hulu ke hilir mengatakan yang dia berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan Negeri. Sampai berjuta - juta ringgit kata dia.

Dan dia jugak turut mendabik dada mengatakan yang keuntungan tersebut semuanya dikongsi dengan rakyat melalui bantuan - bantuan yang diberikan.

Kiranya dari rakyat dia baru lahir sampai la rakyat dia dah meninggal dunia, kerajaan Negeri masih lagi beri tanggungan kepada mereka hasil pendapatan Negeri.

Tapi, kalau dia dah bagi sedemikian punya banyak bantuan kepada rakyat, menda jadahnya Negeri dia paling tinggi dalam senarai penerimaan BR1M?

Itu membuktikan yang dakwaan dia selama hari ini hanya temberang belaka!!! Setakat masuk bakul angkat sendiri je sebenarnya. Yang jelasnya, dia GAGAL membantu rakyat di negeri Selangor seperti apa yang dikatakan oleh diri sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac 2012.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peratusan agihan tersebut menunjukkan Selangor menjadi negeri penerima tertinggi BR1M iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima.
"Walaubagaimanapun dari segi peratusan isi rumah, Kelantan merupakan negeri penerima BR1M terbanyak iaitu 84 peratus daripada keseluruhan isi rumah," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Tiong King Sing (BN - Bintulu) yang ingin mengetahui mengenai status terkini pelaksanaan BR1M serta jumlah permohonan yang diluluskan kerajaan.
Menurut Najib, sehingga 1 Mac lalu kerajaan menerima sebanyak 4.78 juta permohonan bagi pendaftaran BR1M yang mula dibuka pada 10Disember 2011.

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.