Halaman

Ahad, Mac 04, 2012

LAGI BERITA YANG BUAT ANWAR DAN AMBIGA PANAS!!!


Kalau sebelum ini, dua orang mangkuk ayun ni cukup angin bila pihak Kerajaan menghalang penganjuran Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur.

Kononnya, bagi mereka, tindakan Kerajaan tu menghalang Kebebasan Hak Asasi Manusia yang menjadi dasar perjuangan mereka.

Malah, Si Ketua Penipu yang juga diangkat menjadi ikon LGBT turut menyatakan bahawa hubungan Homoseksual seperti LGBT ni tak perlu dihalang.

Kata dia, pihak Kerajaan tidak ada hak untuk membuat sebarang dakwaan terhadap hubungan tersebut asalkan ianya tidak dibuat ditempat awam.

Dalam erti kata lainnya, hubungan seumpama itu Halal selagi ianya dilakukan ditempat tertutup waima kalau buat maksiat sekali pun.

Maka tak salah la kalau kita kata apa yang dibuat oleh Si Badrol dengan isteri orang tu tak salah sebab dia buat dalam bilik hotel. 

Jangan bimbang, ianya Halal belaka kalau ikut diorang. Tinggal lagi, PAS je yang masih buat tak nampak benda ni!!! Sebab tu la diorang diam je bila 40 NGO bantah Resolusi PBB dalam mengiktiraf LGBT ni!!!
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam pada Jumaat mengadakan perhimpunan aman di Masjid Negara di sini bagi membantah resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Antara NGO yang menyertai perhimpunan selepas solat Jumaat itu ialah Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.
Pengerusi Pembela Aminuddin Yahya berkata pihaknya dan NGO Islam lain mahu memastikan aktiviti LGBT di negara ini tidak menyalahi lunas agama dan nilai kemanusiaan.
Pembela juga akan terus menentang usaha yang mengetengahkan nilai-nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan, sekaligus mengelak kekeliruan terhadap orang ramai, katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.
Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.
Malaysia antara 19 negara yang menentang resolusi itu berbanding 23 negara yang menyokong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.