Halaman

Sabtu, Mac 03, 2012

MAHFUZ BENGKAK DIKUTUK OLEH PENJILAT ANUGAY!!!


Gara-gara berlawak mahu menjadi Perdana Menteri (PM), Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dikecam oleh laman pro Datuk Seri Anwar Ibrahim, suarapakatanrakyat.com.
Mahfuz ketika ditanya portal Malaysiakini berkenaan portfolio apa yang bakal dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sambil ketawa besar dan berseloroh:
“Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar”.
“Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet,” katanya.
Laman suarapakatanrakyat.com berpendapat lawak Mahfuz itu tidak kena pada tempatnya, kerana tidak menghormati keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini telah bersetuju menobatkan Anwar sebagai PM sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.
“Penulis tidak boleh menerima kenyataan sedemikian, tidak kira ia dibuat dalam konteks apa kerana persefahaman dalam Pakatan Rakyat ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukan sesiapa dari mana-mana pemimpin utama parti komponen yang lain”, katanya dalam artikel bertajuk “Mahfuz Omar Jadi PM? Cermin Diri Dahulu, Hanya Anwar Yang Layak
Menurut laman itu, kenyataan Mahfuz itu seolah-olah memperli kenyataan Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Abdul Rahman Yusof yang berpendapat hanya Anwar sahaja satu-satu calon yang layak menjadi PM.
“Kalau Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mungkin tidak diterima masyarakat Cina dan begitu juga Lim Kit Siang yang mungkin ada isu lain,”kata Abdul Rahman yang juga Setiausaha Politik Anwar seperti dilaporkan Sinar Harian.
Laman suarapakatanrakyat bersetuju dengan kenyataan Abdul Rahman itu dan mengingatkan agar lawak jenaka menawarkan diri selain dari Anwar tidak perlu dilakukan pada masa akan datang.
“Penulis ingin mengingatkan semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat agar berhati-hati dalam memberikan kenyataan berbentuk demikian. Walaupun ia mungkin bersifat lawak jenaka atau sinikal, tapi ia juga boleh mengelirukan rakyat dalam masa yang sama.
“Buat Mahfuz, penulis mendengar beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi. Tidak pastilah Universiti mana yang membenarkan beliau menyambung pelajaran dalam bidang tersebut (melihatkan kelayakan asasnya yang begitu rendah), tapi eloklah beliau menghabiskan pengajian terlebih dahulu sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri”, katanya.
Ps: Habis, nak buat macam mana. Dah dia memang suka buat lawak bangang tak ingat dunia macam tu. Lagi pun, dia bukan ada kerja lain selain dari keluarkan kenyataan bodoh.
Pun benda ni bukan perkara baru bagi Si Mahfuz Bean ni. Tu pasal la masa dia cabar DS Hishamuddin hari tu, semua orang ketawa berguling - guling!!!

7 ulasan:

  1. Aik, belum menang pun dah berebut jawatan?

    BalasPadam
  2. tahniah buat mahfuz.sepatutnya lebih ramai pemimpin dr PR mengumumkan hasrat untuk jd PM juga.hahahahaha...

    BalasPadam
  3. Kah kah kah..si mr bean ni ada hajat nak jadi PM..woii..mampus..ko nak jaga keluarga pun kak pandai (anak di pusat serenti)..nak jaga satu Malaysia laa pulak..cermin diri dulu laa mantan penjaga setor ooiii..

    BalasPadam
  4. Nak jaga lembu pun tak mampu ada hajat nak jadi PM. Kah kah kah . Mahpos mahpos berpijak lah di bumi nyata.

    BalasPadam
  5. Perasan hensemboyan...wakahkah..kah..kah si burung kakak tua...

    BalasPadam
  6. Mahput jadi PM, pusat serenti ditukar nama istana pet hun...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.