Ini seorang lagi pemimpin Parti Asyik Serabut yang disebutkan oleh DS Najib semalam yang jelas suka menipu rakyat Malaysia.
Jika sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS Pusat kata mereka tidak terkesan dengan pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali, sekarang Si Mahfuz ni pulak buat kenyataan yang sama.
Kata dia, PAS tidak terkesan lansung dengan pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali, sebaliknya jentera parti itu telah merungkai permasalahan yang berlegar didalamnya.
“Siapa dia (Hasan) nak bagi tahu yang Pas akan tumbang? Pas tidak pernah tergugat. Malahan kami bersyukur diambil tindakan memecat dia dulu, ringan sikit beban masalah.
“Biarlah dia rasa dia hebat sekarang sampai boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi Pas tidak akan tumbang disebabkan dia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Siapa dia yang Si Mahfuz ni nak tipu sebenarnya? Dia nak tipu rakyat Malaysia ke atau dia sekadar nak menipu ahli - ahli dia sendiri? Atau dia nak tipu diri dia sahaja?
Kalau betul la PAS tak terkesan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Hassan Ali, kenapa pemimpin mereka menyerangnya setiap hari?
Kenapa mereka memaki hamun Datuk Dr. Hassan Ali dengan pelbagai dakwaan jika benar mereka tidak rasa tergugat?
Malah Si Mahfuz Bean ni pun sampai sanggup buat fitnah dengan menyatakan bahawa Datuk Dr. Hassan terima bantuan dari KBS sebanyak RM3ojuta?
Tak ke itu satu lagi bukti bahawa PAS memang terdesak kerana diasak oleh Datuk Dr. Hassan Ali sehingga pemimpin dia sanggup menaburkan fitnah sedemikian?
Setakat cakap je orang tu terima duit dan sebagainya tak guna Mahfuz oi!!! Kalau berani bagi la bukti. jangan cakap je pandai!!! Nak bentang dalam Parlimen konon. Baru gertak nak saman, terus senyap, apa cerita!!! Kalau dah bingai tu, bingai la jugak!!!
ikut dia lah....
BalasPadamInilah kelebihan Mahfuz ini yang membolehka dia memjadi naib presiden Pas walaupun hanya ada srp sahaja
BalasPadam