Wakaka!!! Kesian betul Semut tengok Si Mahfuz Bean ni. Mungkin Semut terlewat baca artikel ni dalam Sinara Harian Online semalam. Tapi ianya wajar dikongsi bersama.
Sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu bukan main lagi buat dakwaan mengatakan yang ceramah Datuk Dr. Hassan Ali ni mendapat tajaan dari Kementerian Belia dan Sukan.
Bila Datuk Dr. Hassan Ali berkata yang dia mungkin akan ambik tindakan untuk saman Si Mahfuz ni, mula la dia ketar lutut dan keluarkan kenyataan berikut:
SHAH ALAM – “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja."Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Wah!!! Kalau buat dakwaan tu bukan menuduh kata dia ye. Jadi tak salah la kalau Semut kata dia ni Bodoh Tahap Luar Biasa. Sebab dia Bebal Tak Ingat Dunia.
Itu bukan tuduhan tau. Sebab Semut tak tuduh Si Mahfuz ni pun. Semut sekadar mintak dia beri penjelasan je.
Bagi Semut, adalah wajar bagi pihak KBS untuk mengambil tindakan terhadap Si Mahfuz ni sebab dia jelas telah menjejaskan integriti Kementerian tersebut.
Kasi ingat sikit bagi Si Mahfuz ni. Jangan cakap ikut sedap mulut je. Pikir dengan kepala otak, bukan dengan Kepala Lutut!!!
bagi saya lebih baik Dr Hassan Ali yang saman (kalau ada kaitan) sebab kalau KBS, puak PR akan kata kerajaan tak bebas dan tak boleh tegur dan kerajaan zalim dsb. kalau Hassan Ali, diaorang nak kata apa?, Itu sebab si bodoh ni kata ia msalah KBS bukan dgn Hassan, itu bermakna dia dah tahu bala dah nak dekat.
BalasPadam"saya tak tuduh dia pun.."
BalasPadamwakakaka... ketaq!!
Betul. saman dia gila2. buat macam singapore. biar sampai bangkrap. bio sampai dia ke tahap jual telor ke, atau jual buah or jual daging untuk sara hidup.
BalasPadamBukti dan saksi mesti dikemukakan...Parti dia bercakap pasal Hudud dan Islam tapi selalu tuduh dan dakwa tanpa saksi dan bukti. Macaman nak watt hudud nni bro....???
BalasPadam