Jangan ingat tak de orang yang boleh lawan dengan Si Wali terompah tu tau. Sekarang ni dah ada dah orang yang kononnya setaraf wali macam dia!!!
GOMBAK – Sebuah keluarga sanggup bergolok bergadai dan berhabis ratusan ribu ringgit dalam tempoh empat tahun untuk seorang lelaki berperwatakan alim yang mengaku sebagai wali.Tidak cukup dengan itu, lelaki yang layak digelar warga emas itu turut melarikan anak gadis keluarga berkenaan dengan meyakinkan seluruh ahli keluarga itu bahawa mereka berkahwin secara ghaib dengan bersaksikan malaikat.Bagaimanapun, ‘sihir’ lelaki itu berakhir selepas keluarga malang berkenaan tidak diiktiraf menjadi kaum kerabatnya sebaik keluarga itu tidak lagi mampu membiayai kehidupannya.Mangsa, Mohd Zin Mamat, 62, berkata, dia mengenali lelaki yang berasal dari Kelantan itu menerusi seorang rakan selepas cuba berikhtiar mengubati sakit kaki anak gadisnya yang ketika itu baru berusia 20 tahun.“Berusia sekitar 60 tahun, wajahnya berjambang dan berkopiah, dia selalu berulang–alik dari rumahnya di Pasir Mas untuk mengubati kaki anak perempuan kami, Siti Maizura.“Namun, memikirkan anak kelima saya itu memerlukan rawatan susulan, kami membenarkan lelaki berkenaan tinggal di rumah ini tanpa sebarang syak wasangka,” katanya kepada Sinar Harian sewaktu ditemui di rumahnya di Gombak.Mohd Zin berkata, meskipun penyakit anaknya itu sudah sembuh, lelaki itu masih terus mahu menetap di rumahnya.Mengenangkan keadaan lelaki berkenaan yang hidup susah, Mohd Zin sekeluarga sanggup membantu membayarkan sewa rumah.“Lama-kelamaan kami jadi macam bodoh dan menuruti kemahuannya, dia sering mengatakan dirinya setaraf Nabi Isa dan berjanji akan membayar balik semua wang selepas dia mengeluarkan wang dari alam ghaib bernilai RM99 bilion,” katanya.Mohd Zin berkata, lelaki itu turut mengakui bahawa mereka sekeluarga adalah kerabatnya dan pernah membawa mereka ke Pantai Cahaya Bulan bersama enam keluarga lain yang tidak dikenali, kononnya untuk memberikan pangkat dan nama gelaran sebagi persediaan tinggal bersama di sebuah istana yang bakal dibina di atas bukit di daerah Machang.“Setiap bulan kami diperintah membayar sewa rumah dan pembiayaan sekolah serta makan dan minumnya, jika berada di Kelantan, dia akan menghubungi saya atau isteri untuk memasukkan wang dalam akaunnya. Jika kami tidak berbuat demikian, dia akan mengenakan dam’ atau denda yang mencecah RM2,000,” katanya.
Parah-Parah.. nie kena buat2 nie.. tu jadi mcm tu.. ikut telunjuk jek..
BalasPadam