KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat dakwaan bahawa majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu dibuat menggunakan wang kerajaan.
Rafizi mendakwa majlis itu menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, jumlah perbelanjaan pertunangan anak Perdana Menteri (PM) yang didakwa Rafizi adalah satu rekaan memandangkan perbelanjaan sebenar adalah lebih rendah daripada itu.
“Rafizi banyak mengarut memandangkan PM tidak menggunakan wang kerajaan untuk membiayai majlis tersebut.“Perbelanjaan sebenar yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh Datuk Seri Najib dan ahli keluarga (adik-beradik beliau) yang lain tanpa melibatkan wang kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber itu berkata, memang ada bil yang dihantar ke pejabat PM tetapi bukan untuk dibayar oleh kerajaan.
Katanya, bil itu dituju terus kepada Perdana Menteri sendiri kerana beliau sejak awal lagi telah membuat keputusan tidak mahu wang kerajaan dilibatkan dalam majlis peribadinya.
“Dengan hanya kerana bil dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri tidak bermakna wang kerajaan telah digunakan dalam hal pertunangan itu,” katanya.
Sehubungan itu, sumber berkenaan menuntut agar Rafizi tampil membuktikan bahawa kerajaan ada membayar jumlah wang yang didakwa dibelanjakan itu.
Ps: Kalau pasal PM, semua benda nak dipertikaikan. Tapi pasal Si Ketua Penipu tu, satu haram pun tak pernah dijelaskan. Hari tu orang PAS dah bising tanya dari mana datang Dana dia.
Kenapa dia tak jawab soalan mereka sampai hari ni? Kalau setakat nak sebut dan nak cakap je tanpa sebarang bukti, baik tak payah!!! Tunjuk bukti la kalau berani. Kalau tidak, buat mengabihkan masa je layan mangkuk ayun ni!!!
Published with Blogger-droid v2.0.4
nama pun pembkg kerja tipu jer...mereka tk cakap ker pm kita masuk tandas guna rakyat...
BalasPadamkalau pembkg kata pm guna duit raayat duit raayat mana yang dia ambik.duit simpanan aku dan duit kocek aku tak luak pon
BalasPadamsalam tuan mohon pautkan link sibuti-selamanyadotblogspotdotcom. Selamat berjuang!!?
BalasPadamlembu sekor ni tak habis-habis dok buat citer gampang menyampah betui la biler nak bertaubat la woi ....
BalasPadamTanpa Nama 12:27 - hang cakap pasal sapa? Pasal Semut ka, pasal Si Jambu Rafizi tu???
BalasPadamPedang Sibuti - akan Semut pautkan nanti...
ada juga pembelot dlm jabatan pm...pencacai pakatan...kena faham..pm tu dah kaya dari dulu ..arwah tun razak kerja ape dulu...memang mangkuk ayun pun
BalasPadambetul saya pun setuju.dia ingat PKR tu betul ke?
BalasPadam