Pucuk dicita ulam mendatang. Itulah perumpamaan yang sewajarnya diberikan kepada Si Mahfuz Bean ni diatas keBODOHan diri dia.
Sebagai seorang pemimpin parti yang KONONnya memperjuangkan Islam sepatutnya tahu akibat kerana menyebarkan fitnah terhadap orang lain.
Sekarang, kerana kelantangan mulut dia menuduh orang dengan dakwaan yang bukan - bukan bakal memakan diri dia semula.
Semuanya akibat dia rasa tergugat dan terkesan dengan agenda Datuk Dr. Hassan Ali melalui JATI yang hendak mempertahankan Islam, Melayu dan Institusi Raja - Raja.
Ternyata, tiga perkara inilah yang tidak mampu hendak dipelihara oleh PAS selama ini dalam Malaysia. Sebaliknya, mereka lebih rela mengorbankannya.
Walaupun cuba menipu dengan mengatakan yang PAS tidak terkesan dengan isu pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali dari PAS, kini bakal berhadapan dengan kes saman.
Semalam pun, dia kata menjadi hak Kementerian Belia dan Sukan untuk memfailkan saman tersebut dan bukannya hak Hassan Ali.
Jadi, KBS telah merealisasikan impian Si Mahfuz Bean tu. Apa lagi yang dia nak kata lepas ni? Mungkin Si Mahfuz ni lupa. Orang tua - tua dah pesan. Kerana Mulut, Badan Binasa. Sekarang, Baru Padan Muka!!!
SHAH ALAM - Jika sebelum ini Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membuat pengumuman mahu menyaman Datuk Mahfuz Omar, kini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula berbuat perkara sama, sekiranya Naib Presiden Pas itu terus memfitnah kementeriannya.
Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahfuz, sekiranya dia masih mengemukakan dakwaan tiada asas.
“KBS mungkin kemukakan saman, sekiranya Pas terus asak dengan dakwaan tidak berasas. Dia cakap KBS taja Jati RM30 juta. Sebagai Ahli Parlimen, saya rasa Mahfuz faham, banyak prosedur perlu dilalui untuk dapat RM30 juta bagi menaja 2,000 siri ceramah Hasan di seluruh negara.
“Walaupun saya tidak pernah jumpa Hasan, saya dengar cerita dia masih mengasak saya, bila saya nafi, dia kata saya penipu. Mungkin dah jadi darah daging dia sebab tiada benda baru untuk asak saya. Sekiranya ini berterusan, saya akan mempertimbangkan untuk saman,” katanya.
Ps: KBS jangan teragak - agak. Saman je Si Mahfuz ni. Biar dia rasa sikit. Biar dia tahu, langit tu tinggi atau rendah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.