PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman atau Norish mengakui dia pernah menangis secara bersembunyi tanpa pengetahuan anak-anaknya kerana tidak tahan membendung kesedihan daripada pelbagai dugaan dan tohmahan yang menimpa dirinya.Wanita yang kini berjinak-jinak dalam bidang nyanyian itu berkata walaupun pada mata kasar dia kelihatan tabah dan tidak tergugat dengan kisah-kisah duka yang silih-berganti, dia juga tidak boleh lari atau menyangkal perasaan sedih dan terkilan.“Saya tidak terjejas secara luaran dan orang nampak seperti saya kuat untuk menghadapi kisah keruntuhan rumah tangga dan pelbagai fitnah yang mengaibkan, tetapi saya juga manusia biasa yang mempunyai rasa sedih dan kecewa.“Saya pernah berduka dan menangis di belakang anak-anak tetapi Tuhan itu sentiasa ada untuk memberikan kekuatan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.Norish berkata dia lebih selesa untuk mengambil pendekatan positif terhadap apa yang berlaku. Katanya, kedukaan dalam hidup sebelum ini lebih mematangkan diri dan memberikan semangat untuk dia terus melangkah.
Ps: Tahan la Si Norish Karman ni hanya menangis dibelakang anak - anak dia ketika dia menghadapi kesukaran. Itu boleh dikira baik lagi.
Daripada Si Ketua Penipu tu, lagi teruk. Kot ye pun tension dengan dunia Politik, takkan la sampai dia sanggup buat kerja tak senonoh macam ni.
Dah la tu. Tak jujur pulak dengan anak - anak sampai diorang pun sanggup ditipunya. Dah tu, tak berani pulak nak ambik tindakan. Mana pergi sikap tanggungjawab dia kepada keluarga?
Jadi, tak heran la kalau anak dia macam Si Nurul Izzah tu pun cukup suka menipu rakyat disana sini. Dah bapak borek, anaknya merintik - rintik la jawabnya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.