Ini satu kisah yang berlaku semalam. Tapi malangnya, dalam portal puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak de pulak yang melaporkannya.
Jadi, adalah wajar untuk korang baca dulu apa yang telah membuatkan Si Ketua Penipu, Si Nurul Izzah dan Si Azmin Ali tersentap dalam Parlimen semalam.
Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepadarejim zionis itu.Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians"."Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza."Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.
Sekarang, Si Ketua Penipu tu dah tak perlu nak berdolak dalih lagi. Ternyata dia memang menyokong kewujudan Negara Israel.
Bukan hanya dia menyokong Keselamatannya. Tapi dia juga turut menyokong Kedaulatan Negara Rejim Zionis tersebut.
Jika tidak, kenapa pulak dia dan puak - puak Pakatan Pembangkang tu beria - ia nak serang balas serta menuding jari terhadap orang lain pulak?
Itu tandanya diorang dah termakan cili dan kini diorang dah terasa pedasnya. Jadi, untuk melegakkan rasa pedas tu, diorang babitkan orang lain sekali.
Itu cara tipikal yang yang bersalah. Dia takkan mengaku kata dia bersalah. Sebaliknya, dia akan tuduh orang lain yang buat. Jadi, untuk apa lagi puak - puak PAS ni nak sokong dia dalam PRU yang akan datang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.