Demikian dakwaan yang akan dibuat oleh Si Rafizi apabila laman portal Pro Pakatan Pembangkang tu mendedahkan laporan berikut kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mana tidaknya. Sebelum ini dia telah menuduh YAB Perdana Menteri mempergunakan duit rakyat bagi perbelanjaan majlis pertungangan anak perempuannya tahun lepas.
Apabila Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan dan tuduhan tersebut, Si Rafizi ni mula meroyan. Dia desak agar pihak PMO mendedahkan bukti berkaitan dengan dakwaannya.
Sekarang, apabila Malaysiakini mendedahkan laporan dari pihak Hotel sendiri, maka makin terserlah la niat buruk dia untuk memalukan Perdana Menteri.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu jugak la. Dia bukan tahu buat kerja lain selain dari memfitnah orang disana sini. Itu je la kerja yang dia tau buat pun. Dan sebab itu la dia tak layak untuk jadi pemimpin!!!
Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan Persekutuan, kata Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.
Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.
Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.
Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011. "Pesanan nombor 1,451 dikeluarkan pada 13 Jun, untuk majlis itu," katanya.
Pada bahagian bil itu, majlis berkenaan ditandakan sebagai 'majlis makan malam OCS' dan dibilkan kepada ‘Pejabat Perdana Menteri'.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.