Halaman

Khamis, April 26, 2012

AKHIRNYA, MAHASEWEL NI KENA TINDAKAN!!!


Ps: Tak de apa yang perlu diperkatakan selain dari perkataan ini sahaja: PADAN MUKA KORANG!!! Hahaha!!!
SHAH ALAM - Tiga penuntut Universiti Malaya (UM), yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara dua minggu lalu, berhadapan dengan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini menerima notis tindakan disiplin hari ini.

Jika ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan Auku, penuntut terbabit adalah individu atau kumpulan pertama didakwa di bawah undang-undang itu yang dipinda baru-baru ini.

Satu sidang media akan diadakan di Dataran Merdeka petang ini berkenaan isu itu.Ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Setiausaha Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, Haziq, Safwan dan Syahid menerima surat pertuduhan di bawah AUKU kerana terlibat dalam demo PTPTN 14 April.

"Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii)," kata beliau ketika dihubungi.Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

"Bicara ke atas mereka akan didengar 3 Mei ini," katanya lagi.Safwan, yang juga Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, mengetuai SMM bulan lalu.

Safwan mengetuai kira-kira 300 mahasiswa mengadakan perarakan dari Kompleks Membeli-belah Sogo ke Dataran Merdeka pada petang 14 April lalu. Sejak itu, sebahagian daripada mereka berkhemah di Dataran Merdeka menuntut agar PTPTN dimansuhkan.

2 ulasan:

  1. Bagus!!

    AMBIGA MENGAKU PENGIKUTNYA BANGANG, BAHLOL DAN TOLOL!! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. UM je buat tindakan? budak syiah uitm tu xde pun uitm nk ambik tindakan? uitm tuuuu....diulangi!! UiTM!!! universiti utk pribumi!!!!! jgn jd bacul laa uitm weiii

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.