Halaman

Selasa, Mei 15, 2012

ADA MAJLIS SYURA PUN TAK IKUT BUAT APA!!!

Ini la yang orang kata, "Tidur Sebantal, Mimpi Lain - Lain!!!"
Semut termanggu memikirkan hal ini sebenarnya. Sejak meninggalkan PAS dulu, memang jelas, banyak perkara yang sudah berubah. Malah pendirian pun turut bertukar.

Soal perlaksanaan Hukum Hudud adalah dasar perjuangan PAS selama hari ini. Begitu juga dengan agenda menegakkan Negara Islam. Ia umpama akar bagi parti tersebut.

Kalau dulu, mati pun sanggup dipertahankan dua dasar utama ini. Biar mengalir darah sekali pun, tapi dasar perjuangan tetap ditegakkan.

Malangnya, sejak akhir - akhir ini, PAS sudah semakin layu. Semakin tunduk menyembah kepada tuntutan orang lain dan membelakangkan dasar perjuangan sendiri.

Sudah la Negara Islam dibubarkan dan diganti pulak dengan Negara Kebajikan. Sekarang, soal Hukum Hudud pun diketepikan begitu sahaja.

Semut hormat kenyataan Harun Taib yang jelas mahu tetap melaksanakan Hukum Hudud selepas berjaya menawan Putrajaya. Dia tak peduli lansung dengan kritikan Karpal.

Kata dia, pandangan Karpal hanya pandangan individu. Ianya tidak akan diambil kira oleh PAS yang tetap mahu melaksanakan hukum tersebut.

Tapi, disebabkan tuntutan dari puak - puak DAPigs, Presiden PAS sendiri tunduk kepada mereka. Malah dia sanggup ketepikan kenyataan Harun Taib.

Sebelum ini, dalam kenyataan media mengenai isu Muzakarah, Haji Hadi jugak yang kata bahawa PAS ada Majlis Syura yang mengawasi perjalanan parti.

Sedar atau tidak, Harun Taib merupakan salah seorang ahli Majlis Syura. Jadi, adakah pandangan Harun sebagai ahli Majlis Syura tidak bermakna bagi Haji Hadi?

Jelas, perkara ini yang membingungkan ahli - ahli PAS sendiri. Presiden kata ikut cakap Majlis Syura. Tapi bila ahli Majlis Syura bersuara, Presiden sendiri yang tolak. Macam mana?

Walau apa pun, satu pesanan Semut buat Harun Taib. Kalau betul dia nak laksanakan Hukum Hudud, masuk la agenda tersebut dalam Manifesto Pilihan Raya Negeri!!! Jangan la setakat cakap je!!! Mengabihkan air liur buat apa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.