Halaman

Ahad, Mei 20, 2012

ANUWAR TERKEDU DENGAN SOKONGAN KAUM INDIA!!!


Fuh!!! Memang hebat la Si Ketua Penipu tu ye. Sebelum ini, dia sikit punya bangga dengan diri dia yang kononnya mendapat sokongan majoriti kaum India.

Mungkin sebab itulah dia sanggup memperjudikan akidah dia sendiri dengan meletakkan 'tanda calit' diatas dahi dia sewaktu menghadiri satu upacara keagamaan baru - baru ini.

Tapi, dalam masa yang sama, puak - puak yang selama ini dok sibuk menyokong dia iaitu Hindraf telah mengambil langkah yang cukup berani dan memalukan Si Ketua Penipu tu.

Jika benar Si Ketua Penipu tu menjaga kebajikan masyarakat India, kenapa satu komponen dalam Pakatan Pembangkang ni sanggup tikam mereka dari belakang?

Bayangkan. 4 kawasan yang hendak ditandingi oleh Hindraf dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang adalah kerusi kuat puak - puak PKR.

Jelas, pertubuhan NGO India ini sudah jemu dengan permainan Politik dan janji kosong Pakatan Pembangkang. Sebab itu lah diorang letak calon diorang sendiri!!! Pembangkang ni memang jenis yang tak boleh diharap!!!
KLANG: Barisan Bertindak Hindu (Hindraf) pada Ahad mengumumkan akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar berkata calon-calonnya akan bertanding atas tiket bebas dan beliau sendiri akan bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas.
Selain dua kawasan itu, Hindraf merancang untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Kelana Jaya dan kerusi DUN Ijok, Bukit Melawati dan Seri Setia, katanya kepada pemberita di sini.
Ditanya bilakah beliau akan mengumumkan nama calon-calon lain, Uthayakumar berkata: "Ini adalah ledakan pertama kami, nama calon lain akan diumumkan apabila tiba masanya."
Uthayakumar berkata Hindraf memilih bertanding di Kota Raja dan Seri Andalas kerana kedua-dua kawasan itu dapat tumpuan lebih masyarakat India.
Beliau berkata Hindraf tiada pilihan tetapi terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana sehingga sekarang tiada berita tentang pengagihan kerusi daripada Pakatan Rakyat untuk Hindraf.
"Kami tiada alternatif, kami mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi tiada apa-apa setakat ini," katanya.

1 ulasan:

  1. APA NI BHAI,KATA HINDRAF DAH DIHARAMKAN GOMEN TAPI KENAPA SANA SINI MASIH SEBUT/GUNA NAMA INI.KALAU CAMTU X SALAH LAH KITA KATA SOKONG ARQAM,PARTAI KOMUNIS MALAYA ATAUPUN KUMPULAN MILITAN MALAYSIA!?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.