Halaman

Sabtu, Mei 12, 2012

APA BENDA YANG SI TASHA SHILA BUAT NI???


Memandangkan hari ini hari Sabtu dan malam ini malam minggu, maka Semut rasa lebih baik kita bersantai seketika. Dok asyik berpolitik pun letih jugak.

Ramai jugak dari kalangan kita yang malam ini sedang sibuk buat hal masing - masing. Tak kurang jugak bagi mereka yang buat kenduri siang tadi.

Jadi, meh kita intai sikit. Apa benda yang dibuat dek Si Tasha Shila ni dengan kawan - kawan dia baru - baru ni. Selamat Berhujung Minggu!!!

Setelah selesai menjelajah Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Skuad JDAB2012 kembali menyambung siri jelajah mereka yang memasuki hari ke-4. 
Lokasi yang dipilih oleh Skuad JDAB2012 untuk peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah KL Sentral, Hentian Putra dan Uptown Danau Kota.

Hari ini Skuad JDAB2012 turut dibantu oleh barisan artis popular tanahair seperti Danny X-Factor, Tasha Shilla, Syed Aiman, Linda Rafar, Diana Rafar, Syahir AF8, Fida, Zamarul Hisham, Gambit, dan Aida AF. 
Kesudian rakan artis yang mewakili NGO Malaysia Artist Sport Club (MASC) ini telah memeriahkan lagi suasana di sekitar Uptown Danau Kota.

Barisan artis popular ini turut bersama Skuad JDAB2012 meronda sekitar Uptown Danau Kota dalam usaha mencari pelajar lepasan SPM dan mereka yang mempunyai anak lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi namun dibelenggu masalah kemiskinan.

Kesudian rakan artis turut serta membantu mempromosikan program Mengubah Destini Anak Bangsa ini ternyata berjaya apabila 2,318 data pelajar dan ibu bapa yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan berjaya diperolehi dalam masa yang singkat.

Usaha membawa rakan artis ini dilakukan sepenuhnya oleh Pengerusi MDAB iaitu Mohd Faizal Daud dan Aizuddin Mohd Ghazali yang merupakan orang kuat di sebalik kejayaan program JDAB2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.