Halaman

Sabtu, Mei 12, 2012

ASSMIN SUDAH SELAMAT ZIARAHI IBUNYA???

Luahan ibu Timbalan Presiden PKR, Che Tom Yahaya, 78 tahun baru-baru ini menimbulkan sentimen yang memilukan dalam konteks hubungan kekeluargaan masyarakat Melayu.
“Selama hari ini, saya mendiamkan diri..dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 20 Ogos 2011..hari raya, 1 Syawal..semenjak itu, hingga ke hari ini, dia tak ada telefon, tak ada tanya khabar dan tak datang tengok saya”

Katanya, walaupun dirinya terlantar sakit di hospital, namun anaknya, Azmin tidak datang menziarahinya, apatah lagi menghulurkan wang kepadanya.
“Macam mana dia buat parti Keadilan..di mana terletaknya keadilan itu..dengan orang lain, dia boleh ambil berat…dengan ibu dia sendiri yang kandungkan dia..dia buat macam ni..Itulah yang hancur hati saya sekarang ni,” katanya sambil menangis kerana tidak tahan menanggung sebak.
Azmin tidak terus menjawab rintihan ibunya itu. Dia mengambil masa dua hari untuk memberi jawapan, walaupun berita itu sudah menjadi tajuk utama media massa sejak 5 Mei.
Leave my mum alone, Azmin tells Umno“, begitulah tajuk Malaysiakini dalam melaporkan jawapan Azmin yang menyalahkan media-media UMNO untuk menutup isu sebenar, bahawa beliau tidak menziarahi ibunya.
“Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mstar melaporkan sejak kes 1998, Azmin sekeluarga tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah ibunya selama 9 tahun. Pada Syawal 2009, barulah Azmin terbuka hati untuk menjenguk semula ibunya.
Namun itu hanya berlaku dua kali Syawal sahaja kerana pada 1 Syawal 2011, kehadiran Azmin bertembung dengan adiknya, Ummi Hafilda yang menyebabkan Azmin mula dilihat mahu kembali kepada perangai asal.
“Masalah YB Azmi Ali ni mula dah lama dah sejak tahun 1997..bahkan sesetengah (berpendapat) bermula 1992..kalau tak salah saya.
“Apa sebab masalah itu, terus timbul..terus timbul..dan timbul masalah baru..kerana kita tidak penjelasan yang memuaskan hati semua orang”, kata Presiden JATI, Dato’ Dr. Hasan Mohamad Ali. - Sumber

1 ulasan:

  1. terlampau syok jadi CUCKOLD .... itu la akibatnya .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.