Fuh!!! Memang hebat belia zaman sekarang. Macam - macam benda yang pelik - pelik jadi tarikan diorang ni rupanya. Sampaikan atas air pun nak merempit jugak?
Itu merempit cara halal la. Bukan cara haram. Kalau cara Haram, itu yang tak betul tu. Macam sesetengah orang la. Benda yang Haram tu yang diorang dok mentekedarah tak ingat dunia.
Diorang kata duit BR1M tu Haram. Tapi, diorang jugak yang sibuk mohon. Duit Durian Runtuh pun Haram jugak. Tapi, diorang jugak yang tak sabar - sabar nak pergi ambik.
Jadi, kira bagus jugak la belia anjur pertandingan macam ni. Boleh jugak isi masa lapang dan belajar benda baru. Tahan la daripada diorang buat benda - benda yang tak berfaedah seperti demonstrasi yang tak mendatangkan sebarang faedah tu!!!
Formula Jet Ski Super Series Antarabangsa Langkawi (LIFJSSS) akan dianjurkan oleh Bintang Puspa Sdn Bhd – Program ini diiktiraf oleh IJSBA (Persatuan Jet Ski Antarabangsa & Boating, dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang bakal menjadi perlumbaan Ski Jet berprestej di rantau ini.
Formula Jet Ski Antarabangsa Langkawi pada musim ini akan menjadikan Putrajaya sebagai destinasi ke 4 selain lokasi lain seperti Pulau Langkawi I (Kedah), Pulau Pangkor (Perak), Teluk Cempedak, Kuantan (Pahang) dan Pantai Klebang (Melaka).
Hadiah wang tunai berjumlah RM410, 000 akan meletakkan LIFJSSS antara kejohanan lima terbaik antarabangsa dan akan menjadi satu tarikan yang pasti untuk pasukan dan pelumba menyertai.
LIFJSSS akan menjadi salah satu daripada pemacu utama pelancong tempatan & asing ke putrajaya. Perlumbaan ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:-
1- 4 lejang terbuka,
2- 4 Lejang (Lelaki),
3- 4 Lejang (Wanita),
4- 4 lejang (Vateran)
5- 2 Lejang Terbuka.
Pemenang Kejohanan daripada kategori 4 lejang (Lelaki) dan 4lejang (Wanita) akan mewakili Pasukan Malaysia ke perlumbaaan Akhir Dunia ke 32 di Lake Havasu, Arizona, Amerika Syarikat pada tahun 2013.
KEJOHANAN FORMULA JET SKI SUPER SERIES
SEGMEN : FAST & FURIOUS
PROGRAM : KEJOHANAN FORMULA JET SKI SUPER SERIES
ANTARABANGSA LANGKAWI
PENYELARAS PROJEK : MOHD SAIPUDDIN BIN ZAKARIA
NO. Telefon : 03-88713242/0122092727
PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.