Halaman

Rabu, Mei 16, 2012

DRAMA YANG BAKAL MERUNTUN HATI ASSMIN!!!


KASIH ibu membawa ke syurga. Betapa besar pengorbanan ibu membesarkan anak yang tidak ternilai harganya. 

Namun, segelintir anak tidak mengambil berat kehidupan ibu apabila menjelang dewasa. Situasi anak derhaka terhadap ibu ini dipaparkan dalam drama terbaru, Hapusnya Doa Seorang Ibu yang akan disiarkan di TV9 jam 8.30 malam ini.

Drama arahan Kapten Khir Mohd Noor ini mengisahkan seorang wanita yang berjaya dalam karier iaitu Laila, terlupa tanggungjawab sebagai anak pada ibunya. 

Menarik untuk dikongsi bersama penonton, Laila yang bekerja sebagai kontraktor mendapat didikan sempurna daripada ibunya. 

Malah, dia tidak lupa menjaga imej seorang muslimah yang mengenakan tudung dan sering melaksanakan tanggungjawab menunaikan solat lima waktu.

Namun, kelebihan diri itu masih belum cukup menerangi hatinya untuk menunjukkan perilaku yang baik.

Berbeza dengan sikapnya yang bersedekah pada anak yatim sebaliknya dia tidak menjaga tutur kata sehingga mengguris perasaan orang sekeliling terutama anggota keluarganya. 

Rosman yang juga suami Laila sering ditegur walaupun isteri sepatutnya patuh pada suami sebagai ketua keluarga. 

Namun Rosman yang bekerja sebagai Eksekutif Jabatan Sumber Manusia sebuah syarikat percetakan lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan sehingga dua anak mereka menjadi mangsa. 

Suatu hari ketika abang sulung Laila, Latif datang meminjam duit daripada wanita itu, Laila melepaskan kata menghina padanya. 

Latif bekerja sebagai pemandu teksi berdepan masalah kewangan selepas isterinya mahu melahirkan anak keempat dan memerlukan duit itu untuk membayar yuran sekolah agama dua anaknya. 

Sikap Laila yang kedekut membantu anggota keluarganya sendiri membuatkan Latif berkecil hati. 

Di kampung, adik bongsu Laila iaitu Liyana bersimpati melihat ibu mereka yang merindui kepulangan Laila dan Latif. 

Namun, kedua-dua beradik itu sering memberi alasan untuk pulang. Latif terus kesempitan wang manakala Laila memberi alasan dia sering sibuk dengan kerjaya. 

Ibu mereka, Zubaidah berhasrat menunaikan umrah tetapi dia juga pernah ditegur Laila yang meminjamkan duit kepadanya. 

Satu insiden berlaku pada Laila ketika dia berada di pejabat yang mengakibatkan dia seolah diserang strok. 

Keadaan Laila yang kejang satu badan secara tiba-tiba membuatkan rakan pejabatnya termasuk Roslan hairan dan memikirkan ia adalah ujian Tuhan. 

Keadaan Laila semakin teruk apabila badannya membengkak, berkudis dan mulut terkunci. Matanya pula terbeliak dan hanya menitis air mata. 

Apakah kesudahannya, jangan lupa saksikan drama terbaik terbitan Enuja Production ini. Kekuatan drama ini turut didukung pelakon berpengalaman terdiri Lisdawati sebagai Laila, Maimon Mutalib (Zubaidah), Roy Azman (Rosman), Zamarul Hisham (Latif), Watie Sadali (Yati) dan Sharifah Anis (Liyana). Saksikan drama ini di slot Skrin Di 9 jam 8.30 malam ini.

2 ulasan:

  1. Eluk juga dimaklum dalam laman web sebegini, kerana kita yakin Azmin waktu malam tidak tonton TV sebaliknya akan turun ke padang memberi ceramah, sedaya upaya menangkis tohmahan keatas dirinya, Anwar Ibrahim, seterusnya mereka-reka cerita memburukan semua usaha murni kerajaan sekarang.

    Memang Azmin dalam keadaan yang sangat tertekan!

    BalasPadam
  2. Memang bagur cta cam ni. Membuatkan saya rindu pd arwah emak. Pada semua yg masih ada mak n ayah, ambillah iktibar, curahkan kasih sayang sebyk boleh. Bila mereka dah tak de, br terasa rindu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.