Fuh!!! Hebat. Memang hebat. Selama ni, kita ingatkan hanya pemimpin lelaki je yang ada skandal seumpama ini. Tapi yang wanita pun ada jugak!!!
Apa nak jadi la dengan pemimpin sekarang ni ye. Kata nak memperjuangkan nasib rakyat. Tapi dalam masa yang sama, diorang buat kerja haram jadah.
Jadi, macam mana rakyat nak percaya dengan diorang lagi lepas ni? Dah dipilih untuk menggalas tanggungjawab, tapi tanggungjawab itu pun tak mampu dilaksanakan. Macam mana diorang nak jaga Negara kalau benda tu pun diorang tak mampu buat!!!
“InĂ merupakan jenayah siber. Polis akan melakukan siasatan rapi dengan bantuan pakar," kata jurucakap Polis Indonesia, Boy Rafli Amar.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan, video berkenaan pernah dimuat naik di dua laman web iaitu kilikitik.net dan indonesiarayanews.com. Aria, bagaimanapun awal-awal menafikan penglibatan beliau dalam video seks itu.
“Saya boleh memberi jaminan bahawa saya bukan individu yang terlibat dalam video seks itu. Saya masih menyelia laporan media mengenai skandal itu," jelas Aria seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post semalam.
Seorang tokoh politik kanan daripada PDI-P, Pramono Anung yang merupakan rakan Aria, menafikan rakan seperjuangannya itu terlibat dalam video seks berkenaan.
“Penampilan fizikal dalam video itu tidak menyamai Aria," tegas Pramono mempertahankan rakannya.
Skandal seks melibatkan tokoh-tokoh politik bukan lagi perkara baru di Indonesia biarpun belum ada mana-mana pemimpin yang terlibat dipenjarakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.