Halaman

Ahad, Mei 06, 2012

MAJLIS FATWA KELUAR HUKUM YANG MEMALUKAN NIK AZIZ!!!


Hadus!!! Kali ini Si Wali Terompah tu benar - benar telah dimalukan oleh Majlis Fatwa Malaysia apabila mengeluarkan hukum mengenai perhimpunan haram.

Kalau sebelum ini, Si Wali Terompah tu kata, menyertai perhimpunan Bersih merupakan satu jihad  untuk menegakkan Kebenaran.

Tinggal lagi, Si Wali Terompah tu lupa nak sebut mengenai keadaan huru hara yang kemungkinan berlaku sekiranya perhimpunan itu diadakan.

Jadi, adalah wajar bagi pemimpin PAS yang KONONnya memperjuangkan Islam tu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini. Nak buat Bersih 4.0 tu dah terang - terang agenda nak cetuskan Huru Hara!!! Diorang bukannya ada niat lain!!!

SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.

4 ulasan:

  1. RINGKAS TETAPI JELAS. DAN TIDAK BOLEH NAK KELIRU LAGI.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Jgn biarkan rakyat Malaysia yg beragama Islam terlibat dlm sbrg himpunan BERSIH!!

    BalasPadam
  3. fatwa yang dibuat tanpa endorsement oleh poknik tak sah tak sah nanti dia orang cakap kerja umno upah ulamak.Tunggu apa kata puak pas

    BalasPadam
  4. Jangan bimbang!FATWA ini akan di adjust secepat mungkin,Pok nik dan pengikutnya mana pakai FATWA orang lain.
    Diakan ADJUSTER!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.