Halaman

Isnin, Mei 14, 2012

PENDEDAHAN TOK JANGGUT BOGELKAN SUHAKAM!!!


Halamak!!! Nampak gayanya, Sanggah Tok Janggut pun dah naik angin dengan puak - puak SUHAKAM ni rupanya. Habis dibogelkan mereka.

Tapi, melihat kepada pendedahan yang dibuat, memang patut sangat la Dewan Pemuda PAS pun mintak supaya tidak ada Badan Bebas macam SUHAKAM ni siasat kejadian Bersih 3.0. Rupanya, diorang pun berat sebelah!!!
SUHAKAM bukan lagi badan bebas malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini sudah terjebak malah menjebakkan diri dalam politik kepartian.

Ada angggota mereka berselindung di sebalik nama Hak Asasi sedangkan dalam masa yang sama mencucuk jarum serta memainkan peranan untuk menjadi tunggangan kepada pembangkang.

Suruhanjaya Hak Asasi ini yang sepatutnya berfungsi sejajar dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada dalam konteks Negara Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sudah tergelicir dari landasan asas penubuhan mereka kerana suruhanjaya ini lebih mengambil pendekatan hak asasi Negara barat untuk diaplikasikan dalam Negara ini.

SUHAKAM menyokong gerakan Bersih untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan kerana kononnya itu adalah hak asasi rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Suhakam menyokong kempen LGBT kerana kononnya rakyat berhak memilih selera nafsu masing-masing sedangkan Islam adalah agama Persekutuan yang ada halal dan haramnya.Atau adakah Suhakam ini kumpulan haramjadah?

Kita hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong pesalah undang-undang? Mereka boleh menyokong penjenayah. Mereka boleh mengenepikan undang-undang sedia ada kononnya kerana mahu mempertahankan hak asasi.

Kita juga hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong rusuhan yang berniat untuk menggulingkan kerajaan dan kita lagi hairan, kerajaan seperti tidak peduli dengan tindakan Suhakam yang semakin menyeleweng peranan dan tanggungjawab mereka?Makan gaji butakah mereka ini?

Lebih malang lagi Pesuruhjaya Suhakam adalah orang Islam tetapi dalam masa yang sama menyokong segala gerakan seks bebas sedangkan dalam Islam adalah haram kahwin sejenis, lesbian, gay, biseksual dan transesksual namun inilah yang Pesuruhjaya beragama islam ini sokong dan galakkan.

Suhakam sudah jadi badan yang cukup mengarut dan tidak pelik juga kerana empat orang anggota Suhakam tersebut dilihat begitu condong menyokong parti pembangkang dan sebab itulah apa sahaja yang pembangkang lakukan walaupun tidak mendapat sokongan majority rakyat tetapi akan disokong oleh Suhakam.

Mereka ini akan meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan serta agensi penguatkuasaan lain.

Mereka akan bersungguh menyiasat ataupun membuat pendengaran awam dan selepas itu mereka akan buat keputusan mengecam kerajaan ataupun polis kerana tindakan melanggar hak asasi manusia ataupun rakyat Negara ini malah sejak penubuhan Suhakam.

Mereka ini dilihat sebagai antara penyumbang kepada kemusnahan tamadun bangsa di Negara ini dan menjadikan Negara lebih huru hara. - Seterusnya, klik kat sini.

2 ulasan:

  1. Perlukah dihias gambar separuh terdedah tu?

    BalasPadam
  2. gambar separuh bogel tu untuk tatapan ahli2 suhakam,supaya mereka terbeliakan mata mereka untuk melihat lebih dalam lagi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.