Nah!!! Semalam kita dah baca cerita pasal Demonstrasi Bersih 4.0 yang bakal diadakan minggu depan. Tapi, ada satu lagi demonstrasi yang bakal di buat.
Demonstrasi yang ini pulak akan dibuat di Putrajaya. Mungkin dikawasan tepi tasik tu kot. Mana tau, senang diorang nak lari nanti. Tak payah FRU nak tembak air.
Tinggal lagi, demonstrasi ni tidak akan mencetuskan sebarang rusuhan. Ianya satu contoh bagaimana pihak Bomba dan Penyelamat bertindak dalam waktu kecemasan.
Kira lagi bagus la dari buat demonstrasi jalanan yang memang tak membawa kepada sebarang faedah tu ye tak. Ada jugak la manfaat daripada dok berarak kat tengah jalan sambil mengabihkan masa tu!!!
Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya.Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012 bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) .Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam 5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan StarTeam APMM.Demonstrasi Menyelamat MangsaTarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012)Kerjasama: Polis Diraja MalaysiaUntuk Makluman hubungi EN. AHMAD SYAMMIEL BIN MOHAMED KARIM (019-6208284)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.