Halaman

Ahad, Mei 13, 2012

SI FAUZI PENDEK DILEMPANG ORANG LUAR!!!!


Halamak!!! Apa punya malu la jadi Pengerusi PKR Negeri kalau ada orang luar pun sanggup melempang dia sendiri!!! Cukup memalukan.

Nampak sangat dia tak berapa bijak dalam memberikan kenyataan serta tohmahan terhadap UMNO seperti dibawah ni. Dia sendiri pun pernah jugak jadi ahli satu waktu dulu.
Kalau tanya orang muda, majoriti dah tak kenal lagi dengan Mamat ni. Kalau bergesel bahu sekalipun, tak ada siapa nak hirau lagi dah. 

Ini sebab Mamat ni dulu cuma popular kejap aje, masa jadi Tim. Men. di JPM. Kalau tak kerana dia anak bekas menteri dan juga kamcheng Nuar semenjak di MCKK, mungkin Mamat ni tak merasa dan tak ada tempat kat politik Malaysia ni.

Itu dia punya hal le. Apa yang nak aku ceritakan kat sini ialah Mamat ni kata, "Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno." 

....aku setuju dengan kata-katanya, tapi dia tak ungkap habis ayat tu, cuma ambil mana yang patut aje. 

Sepatutnya ayat tersebut berbunyi begini, yang pandai mengemis masuk PAS, yang cerdik buat kerja pelik masuk PKR, yang pintarmemutar isu perkauman masuk DAP dan yang berani melawan samseng masuk UMNO

Itu baru betul ayatnya! Dia keluar UMNO sebab penakut, tak berani lawan samseng.

Lain kali kalau nak cakap tu, jangan le separuh-separuh ya Tok Fauzi! Oh ya, orang muda kalau nak kenal, ini le dia Datuk Fauzi Abdul Rahman, ada cita-cita nak jadi MB Pahang kalau Pakatan menang. - Sumber
Jadi, secara tak lansung, Si Fauzi Pendek ni mengakui yang dia dulu pun samseng jugak. Sebab tu la dia pun masuk UMNO. Tak gitu?

Sekarang dia nak mengaku kata KONONnya dia cerdik dan sebab itulah dia masuk PKR. Tapi, memang la dia cerdik. Cerdik ambik peluang.

Dia dah tau dalam UMNO dia tak boleh cari makan sebab banyak sangat harta rakyat yang dia sendiri dah kikis sehingga orang tolak dia keluar.

Jadi, terpaksa la dia keluar dan masuk PKR bila PKR dah mula dapat menguasai Selangor. Senang la dia nak buat kerja lama dia. Tak ke cerdik namanya tu?

Sudah la Fauzi oi!!! Orang dah tau la yang dia tak mampu nak buat kerja. Tapi, tak payah la sampai nak mengaku sendiri. Orang PKR pun menyampah dengan dia. Macam mana dia boleh berangan nak jadi MB!!!

1 ulasan:

  1. jadi2lah Fauzi,masa awak dah berlalu.Mengapa tak serahkan pencen balik kepada kerajaan.Pada masa itu awak adalah wakil rakyat / parlimen dibawah Barisan Nasional dan tak terasa apa2 ke????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.