PETALING JAYA: Pelakon Nur Anzalna Md. Nasir atau Anzalna enggan membuat sebarang penjelasan seperti yang diminta oleh aktres Neelofa berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkannya terhadap pelakon itu.
Menurut laporan akhbar Kosmo pada Jumaat, Anzalna, 24, sebaliknya telah melantik peguam iaitu Fakhrul Azman yang pernah mewakili pelakon Fazura bagi mengendalikan kes tersebut.
"Saya menyerahkan segala urusan ini kepada peguamnya kerana dia (Neelofa) mengambil perkara ini dengan serius sehingga melantik peguam dan saya juga akan melakukan perkara serupa," ujarnya.
Dalam pada itu, Anzalna memberitahu dia masih belum menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada Neelofa yang mahukan dia membuat penjelasan kepada pelakon itu.
Anzalna juga enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya terhadap Neelofa dan berharap peguamnya dapat mengendalikan kes tersebut.
Neelofa dalam satu sidang media pada Rabu telah memberikan tempoh seminggu kepada Anzalna untuk memberikan penjelasan dan segala bukti berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.
Pelakon filem Azura itu juga telah melantik dua orang peguam untuk mengendalikan kes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.