Halamak!!! Ni apa hal pulak dua orang pemimpin 'Kapal Selam' PKR ni? Ribut tak de, angin tak de, tiba - tiba je diorang menggelabah ni, apa hal???
Siapa pulak yang dok jaja cerita kata diorang ni tak de dalam senarai calon untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang? Siapa yang bawak cerita tu? UMNO jugak ke?
Kenapa dalam laporan dibawah ni tak de pulak diceritakan siapa yang dok sebar khabar angin tu ye? Pelik jugak. Biasanya, diorang ni pasti ada sasaraan untuk disalahkan.
KUANTAN - Desas-desus yang mengatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail tidak akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang dianggap sebagai provokasi semata-mata kerana pihak kepimpinan PKR belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Azan berkata, dia tidak terkejut dengan khabar angin berkenaan dan menganggap ada pihak yang cuba mencari publisiti murahan. Menurutnya, dia tidak pasti apa tujuan sebenar desas-desus itu dikeluarkan dan tidak berasa tergugat dengan berita tidak benar itu.
“Senarai nama calon belum ditentukan dan berita itu sengaja direka-reka serta perkara ini timbul disebabkan mereka yang tidak mempunyai kredibiliti. Saya tidak terkejut, sebaliknya gembira apabila ada yang memberi tumpuan kepada pemilihan calon dalam parti,” katanya kepada Sinar Harian bagi mengulas berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa pihak kepimpinan akan menggugurkan beliau untuk PRU13 kelak.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika ditanya mengenai dakwaan itu menafikannya kerana buat masa sekarang pemilihan calon bukanlah agenda utama parti.
Tapi, bila tak de ni, kita dah boleh agak apa sebabnya. Ini tak lain tak bukan, khabar angin yang dibawak orang parti sendiri. Bukan la orang luar.
Agaknya, mereka yang dalam parti pun dah muak dengan diorang berdua ni kot. Maklum la, Kapal Selam la katakan. Kejap timbul, kejap tenggelam.
Jadi, dari dok main tenggelam timbul tu, baik la diorang karam terus. Tak de la menyusahkan orang lain. Tak de mengabiskan masa. Senang cerita.
Bagi Semut, tujuan diorang ni bangkitkan cerita tersebut dan disiarkan dalam media hanyalah taktik untuk menimbulkan nama semata - mata. Bukannya ada tujuan lain.
Diorang takut nama diorang tercicir kalau orang tak bercerita pasal diorang. Jadi, untuk mengelakkan perkara tu terjadi, buat la gimik kata senarai calon belum diumumkan.
Kiranya diorang ni 'Pre empt' dulu apa yang belum berlaku dengan harapan agar perkata tersebut tak berlaku lansung. Itu je sebenarnya.
Sudah la wei!!! Sedar la diri tu sikit!!! Orang kat kawasan diorang tu bukannya suka sangat dengan diorang berdua ni. Sebab satu hapah kerja pun diorang tak buat!!!
Yang diorang tau, dok menipu je. Tak de kerja lain. Ada Ahli Parlimen pun, serupa macam tak de je. Sekejap ada, sekejap tak de. Ahli Parlimen menda jadahnya kalau macam tu!!!
Jangan katakan rakyat biasa, malah dikalangan ahli parti sendiri pun dah ramai yang menyampah dengan dua ekor ni. Bukannya ada sumbangan apa - apa. Inikan pulak kepada parti. Lagi la macam haram!!! Hampas belaka kedua - duanya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.