Halaman

Jumaat, Jun 08, 2012

CARI 'CINTA SEJATI' SAMPAI MENCANGKUNG ATAS KERUSI???


Pastinya ramai di kalangan kita sudah kurang mendengar cerita atau perkembangan terkini tentang seorang pelakon dan model terkenal tanah air iaitu Nasha Aziz. Malah, wajahnya juga kurang dilihat di kaca televisyen sejak akhir-akhir ini.

Kalau dahulu, nama Nasha dan kontroversi kadang-kadang sama naik serta mendapat liputan meluas dari pelbagai media.

Kecantikannya yang jelas teserlah di pelbagai media cetak dan elektronik juga mampu menarik perhatian orang ramai.

Kini, Nasha tampil semula untuk tatapan umum dalam majalah ENF. Wajah, kecantikan dan bentuk badannya masih lagi ‘cun’ dan meletup walaupun sudah melewati usia 40-an.

Dalam majalah itu, Nasha banyak menceritakan ‘kisah cinta’ sejatinya yang membuatkan dia bersemangat untuk meneruskan kerjaya dan kehidupannya.

Malah, dalam majalah itu juga Nasha sanggup mengabdikan seluruh jiwa raganya kepada cintanya itu! Kepada siapa Nasha memberikan sepenuh jiwa dan perasaan cintanya itu?

Bagi peminat-peminat yang ingin mengetahui kisah pelakon wanita dan model terkenal itu, bolehlah mendapatkan majalah itu di pasaran sekarang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.