Halaman

Jumaat, Jun 15, 2012

DUIT TAK DE, VOUCHER PUN JADI LA!!!


La ish!!! Teruk bebenor perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Punya la kemaruk nak menyeleweng, sampaikan voucher pun jadi la.

Dengar kata, dua orang ahli dari Cabang PKR di Selangor ni telah ditangkap melakukan perbuatan tersebut baru - baru ni. Mereka juga akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.

Voucher yang dirembat dek diorang tu merupakan Voucher Program JOM Shopping yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan PKR Negeri Selangor baru - baru ni.

Kononnya, kata Setiausaha Agung PKR, mereka memandang serius perkara seumpama ini dan tidak akan bertolak ansur dalam melaksanakan tindakan.

Bagi Semut, apa yang dinyatakan Si Mat Muka Bulan ni sekadar wayang je sebenarnya. Bukannya dia nak ambik tindakan apa sangat.

Tujuan dia hanya nak menunjukkan yang kononnya PKR ni tegas dalam bab penyelewengan ni. Itu je. Bukannya apa sangat pun.

Setakat voucher tak sampai berapa ringit tu sibuk pulak diorang nak heboh satu dunia. Siap cerita pulak dalam blog dan sebagainya.

Tapi, bila bab penyelewengan masa pemilihan parti hari tu, kenapa didiamkan pulak? Kenapa tak dihebohkan dalam blog dan laman - laman sosial?

Padahal, bukan setakat satu aduan yang dibuat. Malah berpuluh - puluh aduan dan laporan berkaitan dengan penyelewengan tersebut. Tak de satu pun yang didedahkan.

Bukan setakat tu je. Sebaliknya, aduan dan laporan tersebut tak de satu pun yang diambil tindakan. Kenapa pulak cerita pasal voucher ni diorang nak kecoh satu dunia?

Siap keluar kenyataan dengan nombor rujukan berbagai. Nampak sangat la wayangnya tu. Bukannya orang tak tau taktik buruk diorang ni!!!

Itulah yang sebenarnya diorang nak buat. Nak tunjuk kononnya diorang tolak sebarang unsur penyelewengan dalam parti. Tapi, dalam masa yang sama, menunjukkan sikap buruk diorang.

Yang ikan bilis boleh la diorang dedahkan. Yang jerung - jerung dalam parti tu, kenapa tak nak diambik tindakan? Kenapa pulak diorang diamkan je.

Belum pun diorang ni diberi kuasa untuk memerintah, dah kantoi mencuri. Kalau diberi kuasa kelak, lagi jahanam la jawabnya. Jadi, macam mana rakyat nak bagi kepercayaan kepada mereka? Mimpi je la jawabnya!!!

1 ulasan:

  1. Ooo yang amik voucer kena tangkap, kena tindakan displin, yang puak-puak tu sapu berpuluh juta tu depa tutup mata pulak.

    Yang Kedah tebang balak hingga 5,000 ekar tu depa tak kisah pulak ye.. Ish.. ish.. pakatan ni betul-betul lah wayang.. hahaha..rasakan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.