Halaman

Isnin, Jun 18, 2012

FUZIAH THORON BAKAL MEROYAN ESOK!!!


Haduh!!! Meroyan lagi la Si Fuziah Thoron ni nampak gayanya dalam sidang Parlimen memandangkan laporan PSC Lynas akan dibentangkan esok.

Kita tengok la apa putar belit yang dia nak buat dalam sidang tu nanti. Tapi, satu persoalan masih kekal. Kenapa hari tu dia tolak tawaran untuk jadi Ahli Jawatankuasa PSC?

Kalau sebelum ini, dia beria - ia sangat kata dia perjuangakan gerakan Anti Lynas sebab dia nak perjuangkan suara rakyat. Jadi, kenapa dia tolak tawaran tersebut?

Kenapa dia tak ambik tau lansung pasal Jawatankuasa Khas Parlimen tu dan membiarkan orang lain menjadi ahlinya? Bukan ke itu satu tindakan yang pelik dan menghairankan?

Kalau ikut kata spekulasi, tindakan Si Fuziah tu hanya wayang dia semata - mata. Jika dia jadi AJK PSC, maka nanti dia akan hilang modal untuk berkempen.

Hilang la kelebihan dia untuk terus memanipulasikan isu tu demi meraih sokongan dan undi dari rakyat. Jadi, jelas la dia bukannya nak memperjuangkan hak suara rakyat.

Sebaliknya, dia hanya nak memastikan sokongan kepada dia dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang kekal. Bukannya nak perjuangkan rakyat sangat pun!!! Cakap je lebih, tapi habuk pun tarak!!!
KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat esok (Selasa).
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan itu akan dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, selepas sesi soal jawab lisan.
"Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibentang di atas meja ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan Mesyuarat 86(5), oleh yang demikian penyata tersebut tidak boleh disiar, embargo sehingga jam 11.30 pagi Selasa, 19 Jun 2012," katanya sejurus selesai sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, Isnin.
Beliau berkata perbahasan mengenai laporan itu akan dimulakan dengan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) untuk mempertimbangkan penyata jawatankuasa itu.
Pada 20 Mac lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa itu bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek Lynas di Gebeng, Pahang. - sumber...

2 ulasan:

  1. hihihi, teringat video kat youtube...burung berkata-kata " Fuziahhhh bodohhh... Fuziahhhh bodohhh..."

    BalasPadam
  2. SELAMATKAN PUTRAJAYA, SELAMATKAN ISLAM, SELAMATKAN MELAYU SELAMATKAN MALAYSIA

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.