Halaman

Rabu, Jun 13, 2012

"GUA KASI LU 7 HARI UNTUK JAWAB!!!"


Ramai yang bertanyakan kepada Budiey tentang isu ini, macamana boleh berlaku dan apa yang dibangkitkan oleh Anzalna sehingga Neelofa mengadakan sidang media pada hari ini.

Kalau nak tahu, secara kasarnya Anzalna Nasir dikatakan telah memberi kenyataan di akhbar sisipan BPOP mengatakan Neelofa suka memburuk-burukkannya di laman sosial dan beberapa lagi tuduhan yang tidak berasas & tanpa bukti.

Ada banyak tuduhan dari Anzalna dalam akhbar tersebut, namun, Neelofa cuma mengambil berat 2 perkara yang besar di mana Anzalna perlu memberikan bukti & penjelasan.

Dalam kata lain, Anzalna perlu memberikan bukti-bukti yang sah di mana dapat menyokong kenyataannya dalam surat khabar yang lalu dalam masa 7 hari iaitu sehingga 19 Jun 2012. Menurut Neelofa, kenyataan Anzalna 100% adalah fitnah.

Di laman sosial tatkala ini, Budiey perhatikan ramai sekali yang memberikan pendapat tentang isu ini. Tambahan pula, respon-respon dilontarkan oleh para peminat dari kedua-dua belah pihak. 

Macam-macam dan yang kelakar, Budiey pun turut dimarah oleh penyokong Anzalna, seolah-olah Budiey berpihak kepada Neelofa. 

Untuk info, Budiey tak berpihak pada mana-mana pihak ya. Budiey sekadar melaporkan sahaja. (Erk, sama la dengan Semut. Kami cuma melaporkan sahaja).

Kalau sebelum ni, ada gossip mengatakan Neelofa melatah dan tak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila, kali ini, Anzalna pula bingkas dengan beraninya membuat satu kenyataan yang pastinya mencemarkan nama dan reputasi Neelofa.

Neelofa yang kini sedang laris di pasaran di mana banyak sekali ‘job’ ada dalam genggaman, ternyata mahu membersihkan kembali namanya dengan mengambil tindakan undang-undang. 

Untuk permulaan, Neelofa telah pun menghantar surat guaman melalui dua orang peguam yang dilantik untuk Anzalna. 

Dalam masa 7 hari, Anzalna perlu tampil memberikan penjelasan dan menunjukkan bukti tentang dakwaan yang diberikan kepada akhbar BPOP

Jika tidak, Neelofa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Dakwa Anzalna, Neelofa menerusi akaun Facebook milik keluarga menghina dia dan keluarganya dengan perkataan yang tidak elok. 

Malah, Anzalna juga mendedahkan Neelofa mewujudkan satu akaun ‘Kami Benci Anzalna’. Paling serius, Anzalna mengakui turut menerima ugutan daripada Neelofa seandainya dia memenangi pertandingan Dewi Remaja.

Ekoran daripada laporan itu, Neelofa telah memberikan kenyataan balas menerusi akaun twitter miliknya. 

Jelas Neelofa, tindakan Anzalna itu adalah untuk menfitnah dirinya dan keluarga. Tambahnya lagi, dia tahu di mana kedudukannya dan untuk membuktikan kebenaran, dia akan mengambil tindakan selanjutnya dengan cara yang betul. - SUMBER

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.