Kalau sebelum ni, Semut dah paparkan satu berita dimana puak - puak Anti Lynas tu nak buat Himpunan Balok yang digelarkan sebagai Occupy Balok pada 23 Jun nanti.
Ianya sebagai satu tindakan bantahan kepada pengumuman yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkaitan dengan isu tersebut.
Bayangkan. Keputusan PSC tu tak keluar pun lagi, diorang dah siap nak buat program dah. Ini menunjukkan yang mereka memang dah rancang benda ni dari awal.
Tujuan mereka hanya untuk mencetuskan huru hara semata - mata. Jika tidak, takkan diorang dah boleh buat perancangan awal - awal? Jelas, ianya bermotifkan Politik sahaja.
Kalau sebelum ini, Semut dimaklumkan bahawa mereka akan membawa turun seorang 'Doktor Pakar' untuk memberi ceramah pada hari tersebut.
'Doktor Pakar' tu tak lain dan tak bukan ialah Si Mat Syabun Komunis Penipu dimana dia sendiri pun tak tau apa - apa tentang radiasi mahupun bahan Nadir Bumi ni.
Sebaliknya, dia digelarkan sebagai 'Doktor Pakar' atas kredibilitinya yang memang cukup pandai dalam bidang menipu rakyat. Itu je la sebab dia dibawa turun ke Balok.
Dibawah ni salah satu gambar dimana 'Doktor Pakar' ni dianugerahkan dengan gelaran 'Doktor' tersebut oleh puak - puak Anti Lynas.
Tapi, jangan salah sangka. Tak mungkin 'Doktor Pakar' ni hanya turun berseorangan. Ada seorang lagi 'Pakar' yang akan dijemput menjadi penceramah.
Dari sumber yang Semut dapat, 'Pakar' ni ialah Si Haji Hadi tu sendiri dimana dia katanya akan turut serta dalam himpunan tersebut sebagai tanda sokongan kepada Anti Lynas.
Sebab apa Semut kata Haji Hadi ni 'Pakar' dan apa pula kePAKARannya? Haji Hadi ni Pakar dalam bidang 'Lupa Ingatan'!!! Dia lupa dengan amanat dia sendiri.
Dulu dia jugak yang suruh orang ikut cakap 'Pakar' mereka sebelum buat keputusan. Tapi, bila Pakar tu bersuara, kenapa dia sendiri pun tak nak ikut?
Adakah dia lebih pakar daripada Pakar yang dia maksudkan tu? Adakah dia lebih hebat dari YB Dr. Che Rosli dalam bidang ni sehingga dia pulak yang dipanggil berceramah?
Nampak sangat la tindakan puak - puak Anti Lynas ni sebenarnya hanya tindakan untuk mempolitikkan isu ini semata - mata. Bukannya sebab isu keselamatan atau kesihatan rakyat sangat pun!!! Itu semua wayang belaka!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.