Halaman

Isnin, Jun 18, 2012

JOHOR DILANGGAR TODAK HIJAU!!!


Rakan-rakan blogger Mymassa, Din Turtle dan Tenggara is Southeast membincangkan percaturan Pakatan di Johor.
(1) Posting Mymassa membentangkan, ‘Wikileaks: Pertemuan Sulit Anwar Dengan Masyarakat Kristian Di Skudai Semalam‘. Kata Mymassa:
“Maklumat dari sumber dalaman PKR bahawa Anwar Ibrahim telah bertemu dengan masyarakat Kristian di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor. Selain daripada Anwar Ibrahim, tokoh lain yang ada di situ adalah Dr Chua Jui Meng.”
***   ***   ***
(2) Posting Din Turtle kelmarin bertajuk, ‘Melayu PR Kulai diperbodohkan Chua Jui Meng‘.
Dalam posting susulannya, ‘Orang Melayu 1969 dan Orang Melayu 2012′, Pak Din juga menceritakan tentang provokasi ketika Mei 13 di mana sekelompok yang bermulut celupar telah mencaci kaum majoriti. Mereka-mereka itu tidak sedar
“bahawa walaupun orang Melayu miskin dan jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding mereka, tidak bermakna orang Melayu itu juga miskin maruah dan boleh di hina sedemikian rupa”.
***   ***   ***
(3) Sementara itu, blogger Tenggara is Southeast (TiSE) yang menghadiri ceramah Anwar Ibrahim dan Chua Jui Meng di Kulai petang semalam telah memblog ‘Benarkah Pakatan semakin kuat di Johor?
TiSE memerhatikan bahawa puak Pakatan sekarang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menakluki Johor. Blogger tersebut berkata:
“Cuba buat program di Kulai dengan hanya menampilkan Din Pudu yang kononnya bakal jadi MB Johor dan Dr Boo. Berapa ramai agaknya yang hadir?”
Din Pudu yang disebutkannya itu ialah Ahli Parlimen PAS Kelantan Salahuddin Ayub dan Dr Boo ialah Boo Cheng Hau, pengerusi DAP Johor serta ketua pembangkang negeri. - seterusnya...

1 ulasan:

  1. todak hijau ini akan ditikam olih KERIS HIJAU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.